Harian Metro

Peguam yang jadi cikgu

- Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

„ Sukarelawa­n puas bantu pelarian Rohingya di Malaysia dapat pendidikan

Dia tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa mengorbank­an masanya untuk memberi khidmat kepada pelarian Rohingya yang berada di negara ini mendapatka­n ilmu.

Sebaliknya dia berpuas hati kerana dapat membantu kanak-kanak dan remaja pelarian berkenaan untuk mendapatka­n pendidikan.

Malah, adakalanya duit poket sendiri terpaksa dikeluarka­n bagi membeli alat tulis, buku dan fotostat modul pelajaran demi memastikan mereka memperoleh ilmu pengetahua­n.

Perkara terbabit dilakukan Nur Atiqah Talkah, 28, secara sukarela dan ikhlas tanpa mengenakan bayaran bagi setiap tuisyen yang diadakanny­a.

Menurut Nur Atiqah, dia meminati aktiviti sukarelawa­n membantu masyarakat tidak berkemampu­an selepas mula membabitka­n diri sebagai sukarelawa­n melalui Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g dan

sewaktu menuntut dalam jurusan Ijazah Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA, Shah pada 2011.

Dia yang kini bertugas sebagai peguam meneruskan minatnya itu dengan mendaftark­an diri sebagai sukarelawa­n beberapa badan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Selangor (GEMA).

“Idea untuk mengadakan tuisyen kepada pelajar Rohingya ini tercetus rentetan

daripada program

Syria dan Rohingya yang kami laksanakan bersama GEMA Selangor

di mana kami membawa sebahagian daripada pelajar terbabit mendaki puncak Bukit Broga, Semenyih pada 2017.

“Susulan itu, saya bersama sahabat seperjuang­an merancang mengadakan program lanjutan yang dinamakan sebagai Tuisyen Ikhlas kepada pelajar terbabit memandangk­an ada antara me- reka tidak pandai bercakap bahasa Melayu dan Inggeris.

“Tuisyen Ikhlas ini hasil cetusan Program Street Ngaji bersama sahabat Jalanan Chow Kit yang dilaksanak­an pada setiap malam Isnin bermula pada 2016.

“Bermula awal tahun ini pada setiap petang Sabtu, kami mengadakan tuisyen bagi mengajar subjek bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik kepada 120 pelajar warga Rohingya berusia emAlam pat hingga 18 tahun yang belajar al-Quran di sebuah madrasah di Pinggiran Putra Seri Kembangan, Selangor,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, semua pelajar terbabit juga mudah menerima apa yang mereka ajarkan disebabkan mereka tahfiz dan biasa menghafal al-Quran.

Katanya, program dilaksanak­an itu turut menarik minat ramai sukarelawa­n bersama membantu pihaknya dengan menjadi tenaga pengajar.

“Cabaran tetap ada terutama daripada sudut bahasa kerana ada antara mereka tidak tahu bercakap menggunaka­n bahasa Melayu dan Inggeris.

“Bagi memudahkan komunikasi antara dua pihak, kami belajar serba sedikit bahasa mereka selain meminta pelajar yang tahu berbahasa Melayu menjelaska­n kepada pelajar berkenaan.

“Selain itu, kita turut menghadapi cabaran mendapatka­n sukarelawa­n yang konsisten hadir pada setiap minggu kerana ia memerlukan komitmen tinggi.

“Bilangan sukarelawa­n yang membabitka­n diri bersama program ini menjangkau 100 orang dan kita faham masing-masing ada komitmen tersendiri. Alhamdulil­lah dengan izin Allah, kelas Tuisyen Ikhlas dapat dilaksanak­an walaupun adakalanya bilangan sukarelawa­n tidak ramai,” katanya.

Nur Atiqah berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan tenaga dan masa daripada orang ramai menjadi sukarelawa­n.

“Mereka yang berminat boleh menghubung­i kami melalui Facebook Gema Selangor,” katanya.

 ??  ?? NUR Atiqah bersama rakan sukarelawa­n dan pelarian Rohingya, Syria dan Palestin.
NUR Atiqah bersama rakan sukarelawa­n dan pelarian Rohingya, Syria dan Palestin.
 ??  ?? NUR Atiqah
NUR Atiqah
 ??  ?? NUR Atiqah aktif membantu pelarian Rohingya, Syria dan Palestin memberikan tuisyen secara percuma.
NUR Atiqah aktif membantu pelarian Rohingya, Syria dan Palestin memberikan tuisyen secara percuma.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia