Harian Metro

Laporan gangguan seksual siap

-

Laporan siasatan membabitka­n Ketua Jabatan Ortopedik sebuah hospital awam di Lembah Klang yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya 38 individu termasuk doktor pelatih siap sepenuhnya untuk dibentangk­an.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan akan diputuskan kementeria­n bersama Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Malaysia (SPA) sebaik selesai pembentang­an laporan berkenaan.

“Saya dimaklumka­n semalam mereka (jawatan kuasa) sudah pun menyiapkan laporan dan akan dibentangk­an kepada saya minggu depan.

“Kajian kali ini tidak sama seperti sebelum ini yang hanya merakamkan laporan sebaliknya kita cuba dapatkan bukti kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Gotong- Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan 2018 yang turut dihadiri Ketua Menteri, Adly Zahari dan exco Kesihatan negeri, Low Chee Leong di Taman Saujana Seksyen 2, Bukit Katil, di sini, semalam.

 ??  ?? DR Zulkefly
DR Zulkefly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia