Harian Metro

Tiga petugas kena siasat

- Nazirul Roselan cnews@nstp.com.my

Polis sudah mengambil keterangan tiga petugas termasuk pemilik sebuah rumah kebajikan anak yatim milik swasta di sini, berhubung dakwaan berlaku penderaan dan gangguan seksual.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, selain itu pihaknya mengambil keterangan 29 penghuni rumah berkenaan yang berusia lima hingga 16 tahun.

“Siasatan masih diteruskan meliputi semua aspek dan kita juga masih menunggu laporan perubatan akhir semua penghuni daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya di sini, semalam.

Mohd Zundin berkata, 29 penghuni terdiri daripada tujuh kanak-kanak perempuan dan 22 kanak-kanak lelaki dihantar menjalani pemeriksaa­n kesihatan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan

„ Polis ambil keterangan 29 penghuni anak yatim

pemeriksaa­n mengejut rumah berkenaan.

Katanya, seramai 27 orang sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing sejurus

di prosedur selesai, manakala dua lagi yang tidak mempunyai keluarga terdekat diletakkan dalam jagaan JKM.

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH kebajikan anak yatim yang didakwa berlaku kes penderaan seksual
terhadap penghuni.
RUMAH kebajikan anak yatim yang didakwa berlaku kes penderaan seksual terhadap penghuni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia