Harian Metro

Seni pamer budaya kaum, etnik

-

Seni berupaya menjadi penghubung dan memberi nilai positif antara kaum serta etnik yang berlainan di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, seni juga cermin kepada kepelbagai­an kaum dan budaya di Malaysia yang wujud sejak dahulu lagi.

“Bagi yang menghayati seni dan mewakili pelbagai kaum serta budaya di negara ini dengan mendalam, mereka berupaya menghasilk­an kerja seni yang mewakili kepelbagai­an terbabit.

“Saya percaya bukan mudah untuk menghasilk­an kerja seni yang mampu mempamerka­n kepelbagai­an itu di dalam satu atau dua kerja seni saja kerana kumpulan etnik dan sub etnik di Malaysia melebihi 100 kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan majlis perasmian Gemilang Pameran Koleksi Lukisan Wajah dan Budaya Etnik Malaysia di sini, semalam.

Pameran itu berlangsun­g sejak 13 Oktober lalu hingga 2 Disember ini di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia.

 ??  ?? DR Mahathir mendengar penerangan daripada pelukis, Emma Maembong (dua dari kanan) pada majlis perasmian Gemilang Pameran Koleksi Lukisan Wajah dan Budaya Etnik Malaysia.
DR Mahathir mendengar penerangan daripada pelukis, Emma Maembong (dua dari kanan) pada majlis perasmian Gemilang Pameran Koleksi Lukisan Wajah dan Budaya Etnik Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia