Harian Metro

Ambil kira kepentinga­n rakyat

-

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan terburu-buru malah mengambil kira kepentinga­n semua rakyat dan tidak melanggar perkara penting yang sudah termaktub dalam perlembaga­an berhubung isu Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya juga mendapat banyak input daripada pelbagai pihak termasuk pandangan daripada ahli parti itu sendiri berhubung isu terbabit terutama jika ia membawa kesan kepada perlembaga­an negara.

“Apakah wajar hasrat itu diratifika­si dan input yang kita terima, sebahagian besarnya tidak bersetuju (dengan ICERD). Itu yang nyata dan jelas. Apa pun saya fikir kita mempunyai masa dan tidak fikir kerajaan terburu-buru dalam soal itu kerana masanya juga masih banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), semalam.

 ??  ?? MUHYIDDIN (tengah) melawat tapak pameran ketika Lawatan Rasmi ke Bandar Universiti Pagoh.
MUHYIDDIN (tengah) melawat tapak pameran ketika Lawatan Rasmi ke Bandar Universiti Pagoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia