Harian Metro

Tujuh tablet JPP kena ‘serang’

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) mendakwa sistem e-undi di Pusat Pemilihan di Julau, Sarawak yang gagal berfungsi adalah perbuatan terancang pihak tertentu.

Pengerusin­ya, Datuk Rashid Din berkata, perisian yang ‘menyerang’ sistem dan tujuh tablet e-undi sama seperti yang digunakan JPP pada pemilihan ini tetapi jenamanya berbeza.

Beliau tidak menolak perisian yang dimuat turun dalam tablet berkenaan boleh dikawal dari jauh yang mungkin berada di luar negara, namun masalah itu sedang disiasat pihaknya.

“Aplikasi itu semua orang boleh muat turun. Ia aplikasi keselamata­n. Kita (JPP) pun pakai tetapi kita pakai (guna) jenama lain. Kita guna untuk lindungi data dalam tablet.

“Kalau anda ada aplikasi itu adalah peranti, kita boleh kawal semua tablet berkenaan (disediakan dalam pemilihan).

“Kalau tablet itu hilang atau dicuri, kita boleh ‘bersihkan’ semua data dalam peranti berkenaan.

“Pusat kawalan boleh kawal di mana-mana, (jejak) muat turun di mana atau (boleh tahu) duduk di mana London atau Sydney. Ini kira macam terancang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Unit Sistem dan Teknologi Maklumat JPP mengesan sistem e-undi di pusat pengundian di Julau, Sarawak gagal berfungsi seperti biasa kerana diceroboh perisian

 ??  ?? RASHID
RASHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia