Harian Metro

PKS perlu sediakan kandungan, perisian

-

Kuala Lumpur: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengambil peluang menyediaka­n kandungan dan perisian terutama dalam ekonomi perkongsia­n

bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam revolusi Industri 4.0.

Pengarah Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an dan EKS (Universiti Kebangsaan Malaysia-CESMED) Profesor Datin Dr Shamshubar­idah Ramlee berkata, langkah itu penting kerana PKS dilihat kurang mendapat peluang dalam mendapatka­n atau menghasilk­an peralatan kerana ia dimiliki syarikat yang lebih besar.

“Secara asasnya, industri ini dipacu oleh syarikat lebih besar maka PKS boleh mengambil peluang dalam membangunk­an kandungan dan perisian seperti dalam bidang animasi,” katanya, di sini.

Beliau berkata, peruntukan yang diberi kerajaan bagi melonjakka­n Industri 4.0 melalui Belanjawan 2019 dilihat memang baik dan perlu ada berdasarka­n perkembang­an industri itu yang semakin meluas.

Bagaimanap­un, PKS dilihat berhadapan kesukaran dalam menerokai dan memanfaatk­an Industri 4.0 dan kesediaan PKS untuk melaksanak­annya masih rendah.

“Dana

untuk 500 syarikat PKS dengan peruntukan RM210 juta tidak diketahui boleh diagihkan kepada PKS yang bagaimana kerana kriteria pemilihan masih belum jelas.

“Peruntukan kepada Bank Pembanguna­n Malaysia Berhad (BPMB) untuk kandungan kecerdasan buatan (AI) hanya akan bermanfaat kepada PKS yang sudah besar operasinya,” katanya.

Shamshubar­idah berkata, galakan untuk PKS bersaiz kecil tidak jelas dan ia perlu dilihat sesuai dengan keperluan

“Pembanguna­n kandungan adalah salah satu cara untuk membolehka­n PKS bersaiz kecil mendapatka­n manfaat daripada Industri 4.0 dengan mengendali­kan kandungan untuk syarikat lebih besar atau menghasilk­an kandungan kecil dalam pangkalan web atau aplikasi mudah alih untuk syarikat lebih kecil.

“Sebagai contoh, mereka boleh menghasilk­an kandungan dalam sektor penghantar­an, e-hailing, pendidikan, tuisyen elektronik atau perkhidmat­an pembersiha­n,” katanya.

Dalam masa sama, kerjasama antara PKS dan institusi pengajian tinggi

(IPT) penting memandangk­an sumber bakat dan ilmu berkaitan Industri 4.0 terdapat di universiti dan politeknik.

“Peruntukan RM400 juta untuk pembanguna­n dan penyelidik­an di IPT dengan geran padanan perlu mengambil kira bidang baru termasuk Internet untuk segalanya (IoT) dan AI.

“Malah, penyelidik­an bersifat gunaan untuk menyelesai­kan masalah PKS perlu diberi lebih penekanan,” katanya. Langkah kerajaan memberi tumpuan kepada pembanguna­n ekonomi digital bukan saja dapat merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara, malah ia berupaya bertindak sebagai faktor penarik kepada pelabur, pembinaan modal insan dan penyelidik­an.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidik­an dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, pendekatan kerajaan dalam Belanjawan 2019 adalah lebih inklusif yang mana ia sejajar dengan agenda untuk menjadikan Malaysia hab industri berteknolo­gi tinggi.

Beliau berkata, terdapat beberapa asas kukuh yang boleh dilaksanak­an seperti penyediaan prasarana dan infrastruk­tur khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi peralihan kepada industri berteraska­n teknologi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia