Harian Metro

Ambil kira kemampuan bayar hutang

-

Petronas menjelaska­n bahawa semua bayaran dividennya, termasuk dividen khas sekali bayar dan sebarang dividen pada masa depan akan mengambil kira kemampuann­ya untuk membayar hutang.

Petronas dalam kenyataan berkata, pembayaran dividen itu juga mengambil kira kemampuann­ya untuk membiayai operasi berterusan dan melabur bagi pertumbuha­n masa depan.

Petronas mengulas mengenai laporan S&P Global Ratings dan Moody’s Investors Service yang masing-masing mengesahka­n penarafan kreditnya pada A- dan A1 susulan pengumuman pembayaran dividen khas sekali bayar RM30 bilion dalam Belanjawan 2019.

Pengesahan penarafan kredit itu mencermink­an kedudukan kewangan kukuh Petronas yang kekal teguh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia