Harian Metro

Lazada sasar latih lapan juta usahawan PKS menjelang 2030

-

Lazada, peneraju pusat beli-belah dalam talian di Asia Tenggara menyasarka­n untuk melatih lapan juta usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau Asia Tenggara menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune berkata, pihaknya juga komited untuk mewujudkan ekosistem e-dagang yang sihat dan mampan serta mendahului peluang dalam infrastruk­tur teknologi dan logistik dalam usaha memberi manfaat kepada rantaian e-dagang termasuk penjual, pengguna dan komuniti tempatan.

“PKS memainkan peranan penting dalam membangunk­an ekonomi Malaysia dan Lazada komited untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi memacu era transforma­si digital yang mampan.

“Dengan melatih penjual menerusi teknologi, kebolehan logistik dan rangkaian pembeli di dalam dan luar negara, kami dapat membantu mereka menjadi perniagaan yang mampan yang akan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara dalam jangka panjang,” katanya kepada media dalam sesi perbincang­an bertemakan ‘e-dagang di Malaysia dan Asia Tenggara’ anjuran Lazada Malaysia di sini, semalam.

 ??  ?? LEJEUNE ketika perbincang­an bertemakan e-dagang di Malaysia dan Asia Tenggara.
LEJEUNE ketika perbincang­an bertemakan e-dagang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia