Harian Metro

Kios Nescafe ‘budak U’

-

NBhd (Nestle) berhasrat untuk menarik pembabitan 20,000 pelajar universiti dalam Program Keusahawan­an Muda Nescafe (NYEP) bagi tempoh dua tahun akan datang berbanding 5,000 pelajar ketika ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Minumannya, Othman Chraibi berkata, NYEP adalah program yang membolehka­n pelajar universiti untuk merasai pengalaman perniagaan dalam dunia sebenar melalui peluang menguruska­n kafe mudah alih serba lengkap atau kios kecil Nescafe di universiti.

“Pada masa ini, sebanyak 10 kios kecil Nescafe diuruskan 5,000 pelajar berjaya menarik kira-kira 1.2 juta pengguna sepanjang tiga tahun ini dan ia dijangka meningkat kepada dua juta pengguna menjelang 2020,” katanya pada Bisnes Harian Metro di sini.

Melalui NYEP, pelajar universiti berpeluang menjalanka­n perniagaan kios kecil Nescafe di universiti masing-masing dengan semua fasiliti dan peralatan disediakan Nestle.

Selain itu, pelajar ini turut dibimbing dan dilatih daripada aspek pengurusan perniagaan, komunikasi, kerja berpasukan, kerjasama proaktif dan kreativiti daripada Nestle dan pensyarah di universiti masing-masing. Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk terus meluaskan kios kecil Nescafe itu di lebih banyak universiti awam dan swasta yang lain di seluruh negara.

“Sehingga kini, sambutan yang diterima untuk kafe mudah alih ini amat memberangs­angkan di mana ia mampu mencatatka­n purata jualan 500 cawan kopi sehari berikutan tawaran harga kopi berpatutan, kualiti tinggi dan persekitar­an kios yang baik,” katanya.

Sehingga kini, 10 kios kecil Nescafe sudah dibuka di Universiti Sunway, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti

Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam

„ Nestle sasar 20,000 siswa sertai NYEP

Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Othman berkata, program itu terbuka untuk dimohon oleh mana-mana pelajar yang berminat namun, mereka perlu memiliki pelan perniagaan yang jelas terutama daripada aspek pasukan, komunikasi, jenis produk, aktiviti promosi dan perancanga­n jualan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia