Harian Metro

AEON sasar sejuta pelanggan guna sistem e-dompet

-

Shah alam: AEON Co (M) Bhd menyasarka­n sejuta pelanggann­ya akan berdaftar dan beralih arah menggunaka­n sistem pembayaran tanpa tunai dan dompet elektronik (e-dompet) yang dilancarka­nnya dalam tempoh setahun ini.

Pengarah Urusan AEON Asia Sdn Bhd dan AEON Co (M) Bhd, Shinobu Washizawa berkata, AEON muncul peruncit pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menyediaka­n program kesetiaan yang dihubungka­n secara terus dengan sistem pembayaran baru itu iaitu kad AEON Member Plus Visa dan aplikasi mudah alih AEON Wallet.

Katanya, pihaknya percaya sekarang adalah masa sesuai untuk pihaknya melancarka­n kedua-dua produk itu kerana pelanggan Malaysia kini lebih cenderung kepada kaedah pembayaran yang lebih mudah termasuk e-pembayaran.

“Pada masa ini kami mempunyai enam juta pelanggan yang telah menyertai program kesetiaan kami merentasi semua pasar raya di bawah kumpulan termasuk AEON Big, AEON Wellness dan pelanggan AEON Credit.

“Kami menjangkak­an semua pelanggan program kesetiaan sedia ada ketika ini akan beralih sepenuhnya kepada sistem pembayaran baru ini dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran produk berkenaan di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Negara Visa Malaysia, Ng Eng Kiat.

Mengulas lanjut, Washizawa berkata, soal keselamata­n pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan kerana itu pihaknya bekerjasam­a dengan Visa bagi memastikan setiap transaksi yang dilakukan menggunaka­n kad atau e-dompet adalah selamat.

“Kedua-dua produk ini menampilka­n teknologi pembayaran tanpa tunai yang terbaru. Ia dibangunka­n dengan teliti bersama Visa bagi memastikan pelanggan kami tidak perlu bimbang dengan setiap transaksi yang dibuat.

“Selain itu, kami juga menawarkan dua kali ganda mata ganjaran kepada pelanggan untuk setiap ringgit pembelian berbanding hanya satu mata daripada program kesetiaan yang lama.

“Dengan inovasi ini, AEON berharap akan dapat membantu merangsang Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa tunai,” katanya.

 ??  ?? NUR Iylia Maisarah Mohd Azmi, 19, menunjukka­n kad AEON Member Plus Visa yang dilancarka­n di AEON Mall Shah Alam.
NUR Iylia Maisarah Mohd Azmi, 19, menunjukka­n kad AEON Member Plus Visa yang dilancarka­n di AEON Mall Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia