Harian Metro

MAS tawar potongan harga 15 peratus jualan akhir tahun

-

Malaysia Airlines menawarkan potongan harga sempena Jualan Akhir Tahun dengan potongan harga sehingga 15 peratus untuk pemilihan tempat duduk.

Ketua Pegawai Perolehan Malaysia Airlines, Ignatius Ong berkata, tawaran berkenaan bermula hari ini hingga 16 November untuk perjalanan pada tarikh sama sehingga 31 Oktober tahun depan.

“Diskaun turut diberikan untuk bagasi tambahan dan akses ke Golden Lounge Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selain itu, kami turut menawarkan diskaun tambahan 20 peratus untuk kombo tambahan bagasi 10kilogram (kg) dan pemilihan tempat duduk atau akses ke lounge,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggan juga akan menikmati pengalaman premium dengan tawaran elaun bagasi 40kg untuk Kelas Perniagaan dan 30kg untuk Kelas Ekonomi bagi laluan antarabang­sa serta 20kg bagi laluan domestik.

“Malah, pelanggan juga boleh menikmati makanan dan hiburan dalam pesawat apabila memilih penerbanga­n dengan Malaysia Airlines,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya pelanggan turut berpeluang memenangi sepasang tiket Kelas Perniagaan ke Tokyo melalui peraduan MHinsure.

Untuk maklumat lanjut, layari www. malaysiaai­rlines.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia