Harian Metro

GUNA BOEING 747 PADAM API

- Agensi

„ Jumlah korban cecah 25 orang, 110 dikhuatiri hilang kebakaran hutan di California sejak empat hari lalu

Jumlah korban akibat kebakaran hutan di California mencecah 25 orang semalam, termasuk dua mangsa di Selatan California dengan mayat mangsa kebanyakan­nya ditemui rentung dalam rumah dan kereta.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 110 orang dikhuatiri hilang sejak kebakaran hutan yang digelar Camp Fire itu, bermula empat hari lalu.

Sebahagian besar mangsa yang terbunuh ialah di Daerah Butte, termasuk sembilan mayat yang ditemui di bandar Paradise dan dua mayat ditemui dalam kereta di Selatan California.

Bandar Paradise di kawasan pergununga­n yang terletak 145 kilometer di utara Sacramento, dilaporkan musnah sama sekali.

Daily Mail melaporkan, menurut polis, empat mayat ditemui di Concow dalam dua kereta dan dua rumah manakala 10 mayat lagi ditemui di Paradise semalam, iaitu tujuh di dalam rumah dan tiga di luar.

Reuters melaporkan, jurucakap Jabatan Perlindung­an Hutan dan Kebakaran California, Scott Maclean berkata, kebakaran hutan itu memusnahka­n 6,700 rumah dan premis perniagaan di Paradise.

Menurut polis, api merebak pantas ke Paradise menyebabka­n orang ramai terpaksa meninggalk­an kenderaan masing-masing dan berjalan kaki bagi menyelamat­kan diri.

Beberapa mayat mangsa sebelum ini ditemui berhampira­n kenderaan mereka yang terbakar.

Sehingga semalam, kebakaran itu memusnahka­n kawasan seluas lebih 40,500 hektar.

Kira-kira 800 kilometer di selatan, satu lagi kebakaran hutan mengancam ribuan rumah di Malibu menyebabka­n pihak berkuasa mengarahka­n hampir suku juta penduduk berpindah, termasuk penduduk di Los Angeles dan Ventura.

Setakat ini kebakaran hutan itu memusnahka­n 177 rumah dan premis lain, membabitka­n kawasan seluas hampir 33,600 hektar.

Setakat ini, pihak berkuasa menemui dua mayat namun masih terlalu awal untuk menentukan mereka maut akibat kebakaran hutan atau sebab lain.

Sementara itu, pihak berkuasa menggunaka­n pesawat Global SuperTanke­r, Boeing 747 yang diubah suai untuk kerja memadam kebakaran Camp Fire.

Pesawat SuperTanke­r milik syarikat persendiri­an itu sudah melakukan sekurang-kurangnya lima penerbanga­n di atas kebakaran Camp Fire.

Ia mempunyai keupayaan sekali ganda membawa air berbanding pesawat lain iaitu sehingga 72,600 liter dan mampu terbang sehingga 965 kilometer sejam.

Pesawat itu boleh menggugurk­an air, gel dan buih atau kombinasi dua bahan terbabit dengan proses penyediaan di darat sebelum terbang hanya mengambil masa setengah jam.

 ??  ?? KEBAKARAN hutan Camp Fire ketika memusnahka­n bandar Paradise di California, sejak kelmarin. - AFP
KEBAKARAN hutan Camp Fire ketika memusnahka­n bandar Paradise di California, sejak kelmarin. - AFP
 ??  ?? PESAWAT Boeing 747-400 SuperTanke­r yang digunakan untuk memadam kebakaran hutan Camp Fire. - AFP
PESAWAT Boeing 747-400 SuperTanke­r yang digunakan untuk memadam kebakaran hutan Camp Fire. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia