Harian Metro

Florida kira semula undi

-

Miami: Florida akan mengira semula undi menggunaka­n mesin susulan kemenangan tipis perebutan kerusi Senat dan gabenor dalam pilihan raya pertengaha­n penggal Amerika Syarikat baru-baru ini.

Keputusan pengiraan semula undi itu dijangka diperoleh petang Khamis depan.

Kerusi Senat di Florida menyaksika­n Gabenor Republikan, Rick Scott mendahului penyandang Demokrat, Senator Bill Nelson dengan 12,500 undi atau 0.15 peratus.

Keadaan itu mengimbas kembali pengiraan semula undi pilihan raya presiden 2000 di Florida yang menyaksika­n kedua-dua pihak mendakwa berlakunya penipuan.

“Sudah tiba masanya Senator Nelson menerima keputusan ini dan membenarka­n Florida maju demi masa depan yang lebih baik,” kata Scott di Twitter.

Nelson berkata, pasukan kempennya akan memastikan setiap undi dikira tanpa gangguan.

Bagi pertanding­an kerusi gabenor, pemimpin Republikan, Ron DeSantis mendahului calon Demokrat Andrew Gillum dengan kira-kira 33,700 undi, atau 0.41 peratus.

DeSantis dalam kenyataan berkata, keputusan itu cukup jelas dan tidak kabur, sama seperti pada malam pilihan raya dan dihormati penduduk Florida.

Gillum, yang cuba menjadi gabenor Afrika-Amerika pertama di Florida, memberitah­u pemberita pasukannya menyediaka­n ratusan sukarelawa­n dan peguam untuk bergerak ke seluruh negeri bagi memerangi penindasan ke atas pengundi dan memastikan pengiraan undi yang adil.

Sementara itu, kerusi gabenor di Georgia dan Senat di Arizona juga masih belum diputuskan selepas pilihan raya Selasa lalu. - Reuters

 ??  ?? RICK Scott
RICK Scott
 ??  ?? BILL Nelson
BILL Nelson

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia