Harian Metro

Turki serah rakaman pembunuhan Khashoggi

-

Istanbul: Presiden Turki mengesahka­n kerajaanny­a sudah menyerahka­n rakaman berkaitan pembunuhan Jamal Khashoggi kepada Jerman, Perancis, dan Britain.

Menurut Recep Tayyip Erdogan, itu kali pertama tiga wakil negara dalam Kesatuan Eropah mendengar rakaman terbabit.

“Kami sudah memberi rakaman itu. Kami memberinya kepada Arab Saudi, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Britain.

“Mereka sudah mendengar kandungan rakaman itu,” katanya selepas majlis memperinga­ti Perang Dunia Pertama di Perancis, semalam.

Bulan lalu, sumber pasukan siasatan Turki menyatakan Pengarah CIA, Gina Haspel, mendengar rakaman itu ketika melawat Istanbul.

Selain itu, seorang wakil Arab Saudi turut mendengar rakaman terbabit.

Erdogan tidak menyatakan kandungan rakaman itu namun menurut sumber, ia adalah beberapa rakaman audio.

Antaranya, termasuk rakaman ketika pembunuhan sedang dilakukan dan rakaman sebelum pembunuhan.

Kewujudan rakaman terbabit menyaksika­n Turki berterusan bertegas menyatakan Khashoggi dibunuh walaupun dinafikan Arab Saudi selepas mangsa hilang dari Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Pendakwa raya Arab Saudi juga akhirnya terpaksa mengakui pembunuhan berkenaan sudah dirancang.

Saud al-Qahtani iaitu pembantu khas Putera Mahkota Arab Saudi (Mohammed bin Salman) dilaporkan memberi arahan dari Riyadh melalui Skype ketika pembunuhan dilakukan dalam konsulat di Istanbul. - Reuters

 ??  ?? ERDOGAN (dua dari kanan) bersama isterinya dan Trump (kanan) pada majlis memperinga­ti Perang Dunia Pertama di Perancis, semalam. - Agensi
ERDOGAN (dua dari kanan) bersama isterinya dan Trump (kanan) pada majlis memperinga­ti Perang Dunia Pertama di Perancis, semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia