Harian Metro

Gegar Vaganza 5 beri ‘nyawa’

- DARI MUKA 35

Suami pengkritik nombor satu sepanjang Fara bertanding

“Sepanjang terbabit dalam program ini, suami kena kerja di luar kawasan setiap Jumaat hingga Ahad. Disebabkan itu dia tidak dapat datang menyokong saya. Tidak timbul sama sekali dia tidak merestui kerjaya saya. Kalau betul, selepas kahwin saya dah tak menyanyi.

“Kalau nak tahu, suami adalah pengkritik nombor satu saya. Balik rumah, dia akan komen nyanyian dan persembaha­n saya mana yang tak kena. Bukan itu saja, dia juga komen baju saya. Walaupun dia tak tunjuk tetapi dalam diam dia ambil tahu.

“Bezanya, dia tak datang sebagai penonton. Dia lebih suka bersikap tanpa menunjuk. Malah, dia juga akan jemput saya setiap kali habis persembaha­n. Semua ini orang tak nampak,” katanya.

Fara yang popular menerusi lagu Tanpamu berkata, komen yang diberikan suami dianggap bernas meskipun dia tidak terbabit dalam dunia hiburan.

“Suami tak pernah lagi beri komen pedas. Cuma, dia pernah cakap saya nyanyi lari tempo iaitu ketika menyanyika­n lagu sendiri.

“Paling dia suka pula ketika saya nyanyi lagu irama Malaysia. Minggu itu dia puji saya,” katanya.

Mengenai kerjaya seninya, Fara menyifatka­n program itu memberikan ‘nyawa’ baru untuknya terus bernafas dan mencipta nama dalam bidang muzik tanah air.

Menurut Fara, meskipun perjalanan­nya sepanjang minggu tidak mudah, dia cuba untuk memberikan yang terbaik kerana perlu bersaing dengan peserta lain yang dianggap jauh lebih hebat daripadany­a.

“Sebelum tersingkir, setiap Selasa kami perlu berjumpa dengan pasukan produksi dan Datuk Ramli MS untuk bincang mengenai persembaha­n dan susunan muzik.

“Hari seterusnya saya akan duduk berbincang dengan pasukan sendiri mengenai corak persembaha­n yang akan dibuat.

“Ketika masih dalam pertanding­an, saya hanya fokus pada program ini dan pulang ke rumah untuk tidur saja. Diakui ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, masuk program ini tidur tak aman,” katanya. - Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia