Harian Metro

‘saya tak letak harga’

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Pablo fasih berbahasa Latin banyak terima tawaran berlakon

Pelakon yang dikenali melalui filem aksi, Amirul Hisyam Mohd Sakri atau lebih dikenali sebagai Pablo Amirul, 33, mengakui terkejut dengan dakwaan segelintir pihak bahawa dia meletak harga tinggi untuk berlakon.

“Desas-desus ini sudah kedengaran banyak kali dan saya agak terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya.

“Diakui setiap pelakon ada harga sendiri, namun untuk meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk beraksi dalam filem atau drama adalah tidak benar,” katanya.

Pablo yang dikenali melalui watak antagonis dalam filem Polis Evo, dua tahun lalu berkata, disebabkan dakwaan itu dia kurang mendapat tawaran berlakon.

Bagaimana pun, dia percaya soal harga tidak wajar diperbesar­kan meskipun dia mula membintang­i produksi luar negara antaranya The Bridge yang ditayangka­n di saluran Viu bermula 26 November ini.

Katanya, situasi itu tidak sepatutnya menjadi sebab kepada segelintir pihak untuk menganggap dirinya ‘jual mahal’.

“Kalau nak kata saya letak harga, saya pernah juga berlakon secara percuma sebab minat. Mereka yang membuat dakwaan itu sepatutnya berjumpa dengan saya dan boleh berbincang.

“Soal harga perkara kedua, tapi ia perlulah berbaloi dengan tenaga dan masa yang dicurahkan sebagai pelakon,” katanya.

Pablo yang boleh berbahasa Latin dengan fasih menjelaska­n buat masa ini dia banyak berlakon dengan produksi yang sudah biasa bekerjasam­a.

Terbaru, dia terikat dengan penggambar­an filem Master Piecisan arahan Nam Ron.

Perkembang­an lain, dia juga baru saja mencatat rekod Malaysia Book of Records menerusi pencapaian Bilangan Lebah Terbanyak Pada Badan Manusia kategori Lelaki di Ayer Keroh bersama Shuib Sepahtu, Isnin lalu.

“Kami berdua dicabar syarikat Madu Tiga Sdn

Bhd yang mana saya turut dilantik sebagai Duta Selebriti bersama-sama Shuib.

“Sebelum ini, pemilik syarikat pernah mencatat rekod 50,000 ekor lebah dan dia mencabar kami untuk melakukan lebih 100,000 ekor, sekali gus memecah rekod MBOR,” katanya.

Sebelum melakukan cabaran itu, Pablo ada memuat naik video dan gambar di laman sosial bagi mendapat maklum balas daripada peminat serta rakan artis sama ada wajar menyahut cabaran itu atau sebaliknya.

Katanya, selepas sebulan, kebanyakan mereka mahu dia menyahut cabaran itu, namun tidak berkesempa­tan melakukan latihan kerana sibuk dengan penggambar­an filem.

“Ketika hari acara, saya baru saja balik dari set penggambar­an dan terus ke lokasi acara di Ayer Keroh. Di sana, saya hanya sempat ‘berlatih’ dan merasai dua tiga sengatan lebah.

“Biarpun dalam keadaan penat, saya teruskan cabaran dan bersyukur dapat melakukann­ya biarpun disengat di beberapa bahagian tubuh,” katanya ketawa.

Katanya, seandainya mempunyai rehat dan tidur yang cukup, tidak mustahil dia dapat melakukann­ya.

Ketika cabaran berlangsun­g, Pablo disengat lebih 10 kali di kepala dan hampir menyebabka­n dia pengsan. Malah tatkala mula disengat di bahagian leher, ketiak, kaki dan belakang badan, dia hampir berputus asa.

“Namun ahli lembaga pengarah syarikat terusmener­us memberi sokongan, sorakan dan motivasi untuk saya meneruskan cabaran. Alhamdulil­lah, saya berjaya juga,” katanya.

Pablo akui mahu melakukan cabaran itu sekali lagi pada masa depan, sekali gus cuba mengatasi rekod dunia yang pernah mencatat lebih 600,000 ekor lebah menghurung­i badan dalam satu masa.

Pada acara itu, dia dihurung lebih 240,000 ekor lebah dalam cabaran selama 30 minit manakala Shuib dihurung lebih 100,000 ekor lebah, menjadikan jumlah keseluruha­n 340,000 ekor.

 ??  ??
 ??  ?? PABLO dan Shuib selepas tamatnya cabaran badan dihurung lebah, baru-baru ini.
PABLO dan Shuib selepas tamatnya cabaran badan dihurung lebah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia