Harian Metro

Pelakon terlajak sibuk!

-

Lambat 20 minit tiba ke sesebuah acara itu boleh diterima tapi lewat lebih sejam, rasanya pelakon itu harus menyusul semula jadualnya, apatah lagi majlis berkenaan adalah ramah mesra sempena drama lakonannya yang meletup.

Walaupun majlis tetap berjalan mengikut waktu ditetapkan tanpa kehadirann­ya, agak janggal melihat hanya hero dan pelakon lain yang sibuk mempromosi­kan siri berkenaan.

Teman SS siap tanya pengurus pelakon itu sama ada dia akan hadir atau sebaliknya. Ketika itu, pengurus itu sendiri tergagap-gagap mahu memberikan jawapan.

Malah pengurusny­a pun siap menyatakan kesukarann­ya mengendali­kan wanita yang semakin meningkat naik dan menjadi rebutan stesen televisyen serta produksi itu.

Apa pun, SS puji sikap pelakon itu yang meminta maaf atas kelewatann­ya. Katanya, dia ada penggambar­an di lokasi jauh dari tempat majlis itu diadakan.

Tidak mengapalah, memang tidak boleh dielakkan. Cuma, jangan dibuat selalu. Nanti lamakelama­an orang akan bosan pula.

Bukannya tidak faham dengan situasi pelakon itu tapi jadualnya harus disusun dengan betul.

SS tidak ada masalah pun dengan pelakon itu, SS sangat kagum dan meminati lakonannya.

SS: Kasihan melihat burung kakak tua dalam sangkar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia