Harian Metro

DANA BANTU SISWA upm

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Di sebalik kehidupan mahasiswa yang bertungkus-lumus untuk meraih keputusan cemerlang dalam tempoh pengajian, kelangsung­an hidup mereka turut perlu diberi perhatian.

Menyedari hakikat itu, pelbagai inisiatif dilakukan universiti dalam usaha mengambil berat kebajikan harian penuntutny­a sentiasa terjaga.

Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf,

Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Razali Othman berkata, mentaliti mahasiswa yang suka mengambil pendekatan berdiam diri menyebabka­n universiti sukar mengesan dan membantu mereka.

Katanya, kerjasama dengan pengurusan kolej kediaman dan persatuan pelajar perlu terus terjalin baik bagi memastikan maklumat berhubung bantuan disediakan sampai kepada penuntut yang memerlukan bantuan.

“Ada pelajar yang kurang berkemampu­an mengambil langkah berdiam diri kerana malu meminta bantuan daripada pihak universiti.

“Bagaimanap­un, sebaik kita berjaya mengesan dan memberi penerangan mengenai bantuan tertentu, penuntut akan menerimany­a dengan baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia