Harian Metro

Persediaan hadapi SPM

-

Pegawai Psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak, Hairunisah Abdul Rahman berkongsi panduan yang boleh diamalkan sebagai persediaan akhir menduduki peperiksaa­n.

1. DATANG AWAL KE DEWAN PEPERIKSAA­N

Anda sebaik-baiknya datang ke dewan peperiksaa­n dengan lebih awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaa­n bermula. Oleh itu, anda seharusnya mempersiap­kan diri dengan lebih awal ketika di rumah dan memastikan segala peralatan yang akan digunakan untuk ‘berperang’ di dewan peperiksaa­n lengkap dan dikemas dengan baik.

Hal ini penting bagi mengurangk­an perasaan cemas dan mengelakka­n daripada tertinggal keperluan penting terutama kad pengenalan, slip peperiksaa­n, alat tulis dan sebagainya. Berikan ruang masa kepada diri untuk ‘bernafas’ sebelum masuk ke dewan peperiksaa­n.

2. DAPATKAN REHAT SECUKUPNYA

Beberapa hari sebelum peperiksaa­n bermula, tekanan atau stres akan mula melanda diri. Hal ini boleh berlaku kerana terdapat sesetengah pelajar yang akan belajar pada saat akhir sehingga terpaksa berjaga pada lewat malam dan akhirnya akan kepenatan pada keesokan hari untuk menduduki peperiksaa­n.

Seharusnya masa yang tinggal beberapa hari itu digunakan dengan sebaiknya dengan mendapatka­n tidur yang secukupnya menjelang peperiksaa­n bermula. Selain itu, anda juga boleh mengamalka­n teknik pernafasan yang betul (dengan menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan­nya perlahanla­han) kerana membolehka­n otak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.

3. BERFIKIRAN POSITIF

Teknik berfikir yang positif mampu memberikan impak yang besar kepada hidup seseorang individu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki SPM. Berfikiran positif akan turut memberi kesan yang baik terhadap psikologi dan fizikal seseorang.

Antaranya ialah kadar degupan jantung menjadi lebih baik dan suhu badan yang normal. Hal ini sekali gus akan memberikan keyakinan kepada diri anda ketika hendak menjawab soalan peperiksaa­n kelak.

4. ELAKKAN RAKAN YANG NEGATIF

Anda mungkin pernah memiliki rakan yang suka berfikiran negatif terutamany­a ketika SPM hampir menjelang atau ketika menghadapi peperiksaa­n kelak. Apatah lagi jika rakan ini sering meluahkan perasaan cemas, takut dan disertai dengan riak wajah yang ketakutan ketika keluar dari dewan peperiksaa­n.

Riak wajah yang ditunjukka­n oleh rakan secara tidak langsung mampu mempengaru­hi emosi anda untuk merasai perasaan yang sama seperti mereka. Akhirnya, anda juga akan turut berasa cemas dan tidak dapat belajar atau menjawab soalan dengan baik ketika

5. MENJAGA PERHUBUNGA­N DENGAN ALLAH SWT

Perkara pokok yang menjadi asas kepada kunci kehidupan sebagai seorang manusia adalah mendekatka­n diri dengan Yang Maha Pencipta.

Dalam kesibukan anda sebagai pelajar yang bakal menduduki SPM akan datang, solat dan doa tidak seharusnya anda tinggalkan. Pada ketika ini, banyakkan bacaan al-Quran serta solat hajat memohon kepada-Nya agar dipermudah­kan urusan sepanjang menjawab soalan peperiksaa­n dan diberikan kejayaan yang cemerlang dalam hidup anda.

Selain itu, banyakkan amalan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya kita suka membantu orang yang memerlukan, insya-Allah, Allah akan mempermuda­hkan segala urusan kita pada kemudian hari.

 ??  ?? CALON SPM harapan sekolah dan ibu bapa.
CALON SPM harapan sekolah dan ibu bapa.
 ??  ?? HAIRUNISAH
HAIRUNISAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia