Harian Metro

PUPUK KEJIRANAN BERKUALITI

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Ruang kejiranan yang berkualiti berupaya melahirkan masyarakat sejahtera.

Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahter­aan hidup bagi sesebuah masyarakat dan melaluinya juga kerjasama serta perpaduan dapat diperkukuh­kan.

Selaras dengan tujuan itu, Institut Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (ISI UTM) bersama Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) menganjurk­an Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bukit Puchong di Perumahan Kos Rendah Bukit Puchong.

Ketua projek, Prof

Madya Dr Gurupiah Mursib berkata, program itu adalah usaha transforma­si komuniti berpendapa­tan rendah untuk membina ruang kejiranan berkualiti menerusi perancanga­n inklusif.

“Projek ini membabitka­n seluruh warga komuniti. Ia membawa usaha melahirkan masyarakat baharu yang berdaya kendiri dalam membangunk­an rancangan kejiranan mereka. ISI UTM menjadi perunding dalam menjayakan usaha sama ini,” katanya.

Seramai 38 penuntut Fakulti Alam Bina dan

Ukur UTM Skudai, Johor terbabit dalam program berkenaan serta dijadikan anak angkat pangsapuri bagi melaksanak­an khidmat masyarakat mereka di sana.

Dr Gurupiah berkata, rejuvenasi (nafas baru) fizikal kejiranan itu dimulakan dengan pembinaan Laman Edible dan diikuti dengan membina ruang serba guna blok C.

“Perancanga­n projek ini dilaksanak­an dari peringkat akar umbi dengan membabitka­n komuniti untuk menimbulka­n rasa pemilikan dan kepentinga­n bersama.

“Banyak aktiviti pengukuhan komuniti akan dilaksanak­an sepanjang lima bulan ini antaranya mengukuhka­n semangat kerjasama dan ukhuwah menerusi keramaian atau gotongroyo­ng, mengukuhka­n jawatankua­sa penduduk serta menimba pengetahua­n daripada lawatan ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pasir Gudang, UTM dan Singapura,” katanya.

Beliau berkata, program yang dibiayai MPSJ dengan tajaan daripada syarikat korporat dan perseorang­an itu bakal memanfaatk­an 560 isi rumah.

“Kami menyasarka­n projek rintis ruang kejiranan Pangsapuri Bukit Puchong siap pada penghujung tahun ini,” katanya.

 ??  ?? USAHA mengecat turut dilakukan bagi menceriaka­n kawasan. Projek ini membabitka­n seluruh warga komuniti. Ia membawa usaha melahirkan masyarakat baharu yang berdaya kendiri dalam membangunk­an rancangan kejiranan mereka
USAHA mengecat turut dilakukan bagi menceriaka­n kawasan. Projek ini membabitka­n seluruh warga komuniti. Ia membawa usaha melahirkan masyarakat baharu yang berdaya kendiri dalam membangunk­an rancangan kejiranan mereka
 ??  ?? PENANAMAN pokok turut dilaksanak­an.
PENANAMAN pokok turut dilaksanak­an.
 ??  ?? MEROBOHKAN dinding sebagai gimik perasmian.
MEROBOHKAN dinding sebagai gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia