Harian Metro

LAtih TENAGA KERJA MEKATRONIK

-

Seramai 16 penuntut muda program Meister Malaysia Tahap 1 Diploma Kemahiran Kajian Mekatronik yang ditaja Yayasan Hong Leong berjaya menamatkan kursus masing-masing di Pusat Pembanguna­n Kemahiran, Pulau Pinang.

Daripada jumlah itu, sembilan akan bekerja dalam Kumpulan Hong Leong, sementara enam lagi melanjutka­n pengajian ke Advanced Diploma dalam bidang Mekatronik.

Pengarah Eksekutif Yayasan Hong Leong,

Quek Sue Yian berkata, pembiayaan di bawah program pembanguna­n kemahiran yayasan itu bertujuan menyediaka­n bantuan kewangan dan sokongan kepada belia bagi membantu mereka mendapat kelayakan vokasional dan pengajian berasaskan kemahiran untuk menghadapi dunia pekerjaan.

“Kami menyedari keperluan membantu golongan muda memperoleh pengetahua­n dan kemahiran yang tepat untuk bekerja,” katanya.

Kumpulan graduan yang berusia 18 tahun ke atas itu menjalani Program Meister Malaysia dalam kajian Mekatronik selama 28 bulan.

Program berkenaan mendapat pengiktira­fan daripada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dan Dewan

Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman.

Biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Hong Leong itu merangkumi yuran kursus, bilik dan asrama serta akses kepada penempatan latihan di tempat kerja.

Sepanjang latihan, penuntut ditempatka­n di syarikat pengilanga­n Hong Leong Manufactur­ing seperti Southern Steel Berhad, Dynacraft Industries Sdn Bhd dan Carsem (M) Sdn Bhd.

 ??  ?? GRADUAN tajaan Yayasan Hong Leong bersama sijil masing-masing.
GRADUAN tajaan Yayasan Hong Leong bersama sijil masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia