Harian Metro

Air ketuban berlebihan

-

Menurut doktor, sekiranya tidak dipantau perkara itu akan menyebabka­n komplikasi pada bayi. Tambahan pula pada usia begini kepala bayi sepatutnya sudah berada dalam laluan, namun ia tidak berlaku kepada Nur Hafizah.

“Memang saya dapat rasakan bayi bergerak sangat aktif. Tanpa mengira masa, bayi berpusing-pusing tidak menentu. Menurut doktor, ia berpunca daripada air ketuban yang banyak.

“Jika berlaku komplikasi dan air ketuban pecah dahulu, dikhuatiri tali pusat akan mengganggu proses kelahiran. Peluang bayi untuk hidup juga sangat tipis. Jadi bagi memastikan keselamata­n ibu dan anak, saya terpaksa ditahan di wad untuk pemantauan selanjutny­a,” katanya yang membuat pemeriksaa­n di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia