Harian Metro

Fungsi penting kepada bayi

-

air ketuban walaupun menjalani imbasan pada setiap bulan, jelas

Nur Hafizah, dia tidak menyangka air ketuban mempunyai fungsi penting kepada bayi. Kekurangan atau terlebih air ketuban boleh membahayak­an janin sekiranya tidak dipantau.

“Malah tiada petua tertentu untuk memperbany­akkan air ketuban atau mengurangk­annya kerana ia ada sejak janin mula terbentuk di dalam rahim,” katanya yang memberi nama si kecil, Ahmad Zeeyad Fahmi Ahmad Shakeer yang kini sudah berusia tujuh bulan.

FUNGSI AIR KETUBAN

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus, kekurangan atau berlebihan air ketuban boleh mendatangk­an komplikasi kepada janin. Ia biasanya dikaitkan dengan diabetes yang menyebabka­n bayi besar dan jangkitan kuman.

“Sebab itu perlunya pemantauan rapi daripada doktor bagi mengelak air ketuban bocor tanpa disedari atau jumlah air yang semakin meningkat,” jelasnya.

Ramai wanita kurang tahu mengenai fungsi air ketuban. Air ketuban adalah salah satu unsur penting untuk membantu perkembang­an janin.

Oleh itu, cecair ketuban yang mengalami masalah (sedikit atau lebih banyak) akan mengganggu pertumbuha­n janin.

Warnanya pula agak kekuningan dan ditempatka­n di dalam rahim. Ia mulai ada pada hari ke-12 selepas persenyawa­an berlaku. Kemudian, pada usia

Kurang atau lebih air ketuban boleh mudaratkan kandungan

kehamilan sekitar 20 minggu, air ketuban digantikan dengan urin yang ditelan dan dikeluarka­n oleh tubuh janin. Jumlahnya pula akan meningkat mengikut ukuran kandungan.

Menurutnya, jumlah air ketuban boleh dipantau melalui kaedah ultrabunyi, secara lebih tepat menggunaka­n parameter Indeks Cecair Amino (AFI).

“Pada 20 minggu air ketuban hanya berjumlah 400 mililiter (ml). Kemudian meningkat kepada 800ml ketika 28 minggu dan satu liter ketika 38 minggu ke atas. Namun jumlah ini akan kembali menurun kepada 400ml sekiranya bayi berjaya bertahan sehingga minggu ke-42. Sudah tentu ia sangat berbahaya kepada si kecil sekiranya tiada gesaan bersalin.

“Sebab itu jika berlaku keadaan sedemikian doktor cuba mengambil alternatif dengan kelahiran menerusi pembedahan untuk mengelak sebarang komplikasi,” katanya.

“Selain urin janin, cairan ketuban juga mengandung nutrisi, hormon dan antibodi untuk melawan jangkitan. Warna air ketuban boleh menentukan keadaan bayi dalam kandungan.

“Sekiranya warna cairan agak kehijauan atau coklat ketika dilahirkan, ia menandakan bayi sudah buang air besar untuk pertama kali sebelum

 ??  ?? KEKURANGAN atau lebih air ketuban menyebabka­n
komplikasi pada janin.
KEKURANGAN atau lebih air ketuban menyebabka­n komplikasi pada janin.
 ??  ?? Selain urin janin, cairan ketuban juga mengandung nutrisi, hormon
dan antibodi untuk melawan jangkitan. Warna air ketuban boleh menentukan keadaan bayi dalam kandungan
Selain urin janin, cairan ketuban juga mengandung nutrisi, hormon dan antibodi untuk melawan jangkitan. Warna air ketuban boleh menentukan keadaan bayi dalam kandungan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia