Harian Metro

3 menu paling laris

- DARI MUKA 49

Apabila pulang ke rumah barulah dia terfikir bagaimana mahu membuka perniagaan itu kerana tiada pengalaman. Namun dibesarkan dalam keluarga peniaga dan ibu turut membuka kedai makan di Kampung Baru membuatkan segala-galanya menjadi mudah.

“Ibu adalah inspirasi saya dalam perniagaan.

Ibu sangat istimewa dan hebat kerana dia bukan saja berjaya sebagai usahawan tetapi mampu membesarka­n anak seramai 17 orang sendirian.

“Malah zaman kanakkanak saya menyeronok­kan sebab kami dibesarkan dalam keluarga besar dan hidup dalam suasana bahagia,” katanya.

Sharifah bersyukur walaupun tiada pendedahan, dia mendapat tunjuk ajar daripada dua kakaknya, Datin Sharifah Nafisah dan Sharifah Husna. Selain mengambil resipi ibu, dia mula mencari pekerja bagi menjalanka­n operasi di bahagian dapur yang ditempatka­n di Kampung Baru.

“Saya mencari konsep dan dekorasi untuk bahagian dalaman kafe. Jadi untuk rekaan dalaman hampir keseluruha­nnya dihasilkan sendiri. Begitu juga resipi yang diambil daripada ibu,” katanya.

Berkat kegigihan dan usaha tanpa jemu, Sharifah membuktika­n perniagaan­nya dikenali ramai dan sinonim dengan masyarakat negara ini.

Anak kelahiran Perlis ini berkata, daripada 40 jenis kuih, antara yang menjadi pilihan ramai adalah bingka ubi kayu, seri muka dan kuih lapis.

“Tiga menu ini paling laris, kadangkala tak sampai waktu tengah hari sudah habis. Mereka yang selalu membeli pasti akan membuat tempahan atau datang awal untuk menikmati kuih kesukaan mereka,” katanya yang kadangkala menerima tempahan kuih daripada pihak korporat untuk tujuan mesyuarat dan minum petang.

Katanya, selain manisan, makanan berat seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi tomato, mi kari, laksa Johor dan soto turut disediakan. Masakan tradisiona­l popular lain kebanyakan negeri turut disajikan setiap hari.

“Kuih-muih yang menjadi menu kegemaran ramai dihasilkan segar setiap hari dan dihantar ke semua kedai. Ia juga berkhasiat kerana kurang manis. Seawal jam 7 pagi, kafe sudah beroperasi dan

Bingka ubi, seri muka dan kuih lapis digemari pelanggan kafe milik Sharifah

ada pelanggan sanggup menunggu sehingga pintu kedai dibuka.

“Memang saya sangat mengutamak­an pelanggan. Sebab itu saya akan pastikan hidangan kesukaan mereka sentiasa ada di kafe,” katanya.

Menurut Sharifah, pada awal operasi, memang ada yang memandang sinis harga ditawarkan, tidak kurang juga bertanya dua tiga kali ketika membuat pembayaran. Namun lamakelama­an pelanggan boleh menerima keadaan ini dan sedar, harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti sajian.

“Kami hasilkan makanan bukan seperti untuk dijual tetapi lebih kepada dimakan sendiri. Jadi rasanya juga berbeza berbanding penyediaan secara banyak yang kadangkala menjejaska­n kualiti rasa.

“Sebab itu menu kami mendapat sambutan baik dalam kalangan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat mahupun pelancong asing,” katanya.

GIGIH BERNIAGA SEJAK REMAJA

Anak ke-14 daripada 17 adik-beradik ini sebenarnya bukan calang-calang wanita kerana dia memiliki jiwa yang besar serta tidak gentar menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan.

Sharifah berkata, ia banyak diwarisi daripada ibu yang juga usahawan ketika itu. Sejak zaman kanak-kanak dia mengikut ibu berniaga kedai makan. Lama-kelamaan ia menjadi satu keseronoka­n.

“Sebab itu saya tidak gemar dengan kerja di pejabat, sebaliknya sukakan sesuatu yang dapat dilakukan mengikut kreativiti sendiri,” katanya.

Menurut Sharifah, selepas tamat matrikulas­i, dia memohon menjadi pramugari meskipun tidak dipersetuj­ui keluarga. Namun dia tetap menyertai Malaysia Singapore Airlines (MSA) pada 1970 dan menjadi pramugari perintis Penerbanga­n Malaysia (MAS) pada 1972.

Ketika menjadi pramugari, bakat berniaga Sharifah mula terserlah. Ketika di luar negara dia membeli pakaian dan ramai berminat dengan pakaian dipilih.

“Memandangk­an minat berniaga, saya beli pelbagai jenis pakaian dan menjualnya. Semangat untuk berniaga semakin membara kerana apa saja benda yang dibeli habis terjual,” katanya yang melangsung­kan perkahwina­n pada November 1972 dan terus mengikut suaminya ke luar negara melanjutka­n pengajian.

Sekembalin­ya ke Malaysia, meskipun mempunyai kelulusan diploma dalam bidang kosmetolog­i, dia tidak berminat bekerja dalam bidang itu, sebaliknya mula mengumpul idea dan strategi untuk membuka perniagaan.

“Disebabkan minat saya terhadap seni, pada 1985 saya menjadi pengeluar batik dan beroperasi di sebuah banglo. Kebanyakan pelanggan adalah wanita yang inginkan gaya mewah dan eksklusif dengan koleksi batik,” katanya.

Selepas 20 tahun terbabit dalam perniagaan makanan, matlamatny­a semakin jelas iaitu ingin memberikan sesuatu kepada masyarakat terutama generasi muda. Kebanyakan­nya tidak kenal kuih-muih tradisiona­l kerana sering didedahkan dengan makanan segera.

“Ini yang saya ingin perjuangka­n supaya kuih tradisiona­l tidak luput ditelan zaman walaupun dengan kehadiran pelbagai makanan segera dari luar negara,” katanya. - Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? SHARIFAH
ingin mengekalka­n
makanan tradisiona­l.
SHARIFAH ingin mengekalka­n makanan tradisiona­l.
 ??  ?? BERSAMA pekerja yang menjadi tulang belakang
dalam perniagaan.
BERSAMA pekerja yang menjadi tulang belakang dalam perniagaan.
 ??  ?? SHARIFAH ramah melayan pelanggan.
SHARIFAH ramah melayan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia