Harian Metro

Si kecil bergaya

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Dalam apa juga situasi kanak-kanak masih memerlukan padanan selesa yang bukan saja dapat menonjolka­n keceriaan tetapi juga keselesaan. Namun hakikatnya ramai ibu bapa lupa akan hal ini dan beranggapa­n apa juga pakaian sesuai untuk si kecil tanpa memikirkan jenis fabrik dan rekaan.

Hasilnya ibu bapa memakaikan pakaian yang kurang sesuai mengikut usia dan acara dihadiri. Ada pula yang ingin menjadikan anak lebih matang dengan padanan seperti dewasa sedangkan kanak-kanak lahiriahny­a sangat aktif, lasak dan gemar bergerak.

Menurut Pengarah Operasi BabyMama Trading Sdn Bhd, Siti Shafurah Abas, ada beberapa perkara yang perlu diketahui ibu bapa sebelum memilih padanan si comel. Panduan paling utama adalah menentukan jenis fabrik seperti kapas kerana material ini sememangny­a sesuai dengan peribadi kanakkanak yang aktif.

“Selain lembut, kapas menyerap peluh dan tidak panas. Ia sesuai terutama mereka yang mempunyai masalah kulit. Fabriknya yang mudah regang menyebabka­n si kecil terasa bebas bergerak tanpa halangan,” katanya.

Pilih juga rekaan paling selesa terutama untuk pakaian harian mereka. Elakkan perincian sarat seperti renda atau net yang boleh menyebabka­n kain ini terkoyak akibat pergerakan lasak mereka.

Bagi yang gemar mencantikk­an bayi dengan aksesori kepala seperti cekak, sepit rambut dan reben pastikan perhiasan ini tidak ketat kerana ia boleh menghalang pengaliran darah ke kepala.

“Aksesori ini boleh digayakan namun jangan sehingga merimaskan bayi. Elakkan juga jenis bermanik atau berbatu mutiara kerana boleh menyebabka­n bayi tercekik atau tertelan terutama mereka yang sudah boleh memegang dan membuka sendiri aksesori ini.

“Untuk memastikan ia

 ??  ?? BLAUS bintik polka comel dipadankan seluar. Gayakan dengan beg galas dan cermin mata.
BLAUS bintik polka comel dipadankan seluar. Gayakan dengan beg galas dan cermin mata.
 ??  ?? GAYA untuk ke majlis keraian.
GAYA untuk ke majlis keraian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia