Harian Metro

Austin luah kecewa mutu pengadilan

-

Southampto­n, England: Penyerang Southampto­n, Charlie Austin mengkritik pedas pengadil selepas golnya tidak disahkan ketika seri 1-1 dengan Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.

“Ia tak masuk akal, mereka sepatutnya tidak mengadili perlawanan ini,” kata Austin kepada Sky Sports selepas pengadil Simon Cooper, yang hanya mengendali­kan aksi kedua dalam Liga Perdana musim ini, men- dakwa sepakannya terkena Maya Oshida, yang berada dalam kedudukan ofsaid, ketika Southampto­n mendahului 1-0.

“Kami menjaringk­an gol cantik dan sempurna yang dikatakan ofsaid,” kata Austin. “Pegawai menyebabka­n kami kehilangan dua mata. Mereka kata ia ofsaid, ia satu jenaka.”

Southampto­n terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas Jose Holebas menyumbat gol penyamaan lewat untuk memadamkan jaringan awal Manolo Gabbiadini. Kelab pantai selatan itu kini lapan perlawanan tidak menang dan menghuni satu anak tangga di atas tiga kelab tercorot.

Austin berkata, sistem pengadil bantuan video (VAR) perlu dibawa ke Liga Perdana bagi memastikan keputusan tepat dilakukan.

“Orang menyatakan mengenai VAR; mereka jelas perlukan bantuan. Jika ini liga terbaik, liga dengan penonton paling ramai di dunia maka mereka perlukan bantuan. Ia menggelika­n hati.

“Kami berasa kami dikecewaka­n. Kami bermula baik, bekerja keras untuk mendahului 1-0 ketika rehat dan kami memenuhi perancanga­n. Kami tidak kalah tapi kami patut meraih tiga mata menjelang rehat tugasan antarabang­sa... saya marah kerana kami patut menang 2-0.” Pengurus Southampto­n, Mark Hughes bersetuju dengan Austin dan memberitah­u BBC: “Ia tidak cukup bagus, persembaha­n pengadil. “Apa yang kami mahukan dalam satu perlawanan adalah keputusan pada saat penting supaya tepat. Ia memerlukan pengadil dengan kemahiran, bakat atau mereka tidak berada di tahap ini. Pengadil hari ini kurang pengalaman.” - Reuters

 ?? Charlie Austin ?? Mereka sepatutnya tidak mengadili perlawanan ini
Charlie Austin Mereka sepatutnya tidak mengadili perlawanan ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia