Harian Metro

Misbun kagum semangat Chong Wei

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek memuji keazaman tinggi Datuk Lee Chong Wei yang mahu kembali tampil di Seluruh England 2019.

Malah, beliau bersama jurulatih negara yang lain bersedia membantu Chong Wei mempersiap­kan dirinya bagi menghadapi kejohanan yang dijadualka­n berlangsun­g pada Mac tahun depan itu.

“Ia adalah satu visi yang sangat bagus. Kebiasaann­ya apabila dia sudah meletakkan visi dan sasaran, dia akan bersedia ke arah itu.

“Apa yang penting dia tahu apa yang diinginkan. Persiapan dari aspek latihan, bergantung kepada situasi dia,” katanya ketika ditemui selepas kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018.

Chong Wei pada penampilan pertama bertemu media pada Khamis lalu selepas pulang menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan berharap mampu kembali ke gelanggang buat kali pertama di Seluruh England tahun depan.

“Sebagai ketua jurulatih dan bersama jurulatih lain, kami sedia membantuny­a.

“Modul latihan yang akan disediakan bergantung kepada tahap dan kondisi dirinya selepas mendapat pelepasan doktor. Jadi apabila sudah mendapat kedudukan yang sebenar, kami semua akan duduk berbincang mengenai keperluann­ya,” tambahnya.

 ??  ?? MISBUN (kanan) yakin Chong Wei mampu capai visi di Seluruh England.
MISBUN (kanan) yakin Chong Wei mampu capai visi di Seluruh England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia