Harian Metro

Penyokong mahu PBNP nilai semula pemain import

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dituntut menyenarai­kan pemain import lebih berkaliber bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia musim 2019.

Wakil kelab penyokong bola sepak Pahang, Mohd Jusri Abd Kadir berkata, pihaknya tidak mahu melihat Pahang melakukan kesilapan seperti yang berlaku musim ini.

“Kami mengharapk­an pemain import yang akan menyarung jersi Pahang musim depan benar-benar berkualiti untuk mencapai misi pasukan meraih kejuaraan.

“Sebaiknya, tidak berlaku lagi pengambila­n pemain import baharu sebaik jendela perpindaha­n kedua dibuka kerana ia amat merugikan pasukan.

“Kita dapat lihat sebaik dua import baharu iaitu Austin Amutu dan Issey Nakajima dibawa masuk pada jendela perpindaha­n kedua, mereka gagal memberi impak besar kepada pasukan,” katanya.

Ditanya persiapan Pahang bagi saingan musim depan, Mohd Jusri berkata, adalah lebih baik sekiranya pemain yang beraksi musim ini dikekalkan kecuali beberapa pemain import.

Katanya, perubahan perlu ada dalam pasukan dengan misi utama untuk kembali meraih gelaran dalam saingan Liga Super yang pernah dimenangi pada 2004.

“Kejayaan muncul juara Piala FA musim ini sememangny­a amat dibanggaka­n, tetapi Pahang perlu menggandak­an prestasi dengan lebih baik,” katanya.

Difahamkan, dua pemain import musim ini tidak dilanjutka­n kontrak adalah Amutu dan Nakajima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia