Harian Metro

Igauan ngeri belum berakhir...

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

„ Thailand sekali lagi sekat impian skuad futsal negara raih trofi

Buat kesekian kalinya, Thailand terus menjadi ‘mimpi ngeri’ buat Malaysia apabila skuad futsal lelaki negara tumbang 2-4 pada pentas akhir Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksika­n anak buah Chiew Chun Yong gagal membalas dendam kekalahan 3-4 di pentas final edisi tahun lalu di tangan lawan sama, yang turut menafikan pingat emas Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Malah, penantian Malaysia untuk merangkul kejuaraan itu berterusan dengan mereka perlu berpuas hati apabila meraih gelaran naib juara buat kali kedua berturut-turut dan kali kelima secara keseluruha­n.

Kemenangan itu membolehka­n skuad Gajah Perang terus mendominas­i sukan futsal di rantau ini apabila menghimpun gelaran ke-14 mereka pada kejohanan terbabit.

Pada aksi di Gelanggang Olahraga Universita­s Negeri Yogyakarta itu, Malaysia terlebih dulu dikejutkan seawal minit kedua hasil penyudah Muhammad Osamanmusa menerusi satu hantaran jauh.

Mohd Awalludin Mat Nawi kemudian mengikat kedudukan buat Malaysia menerusi jaringan pertama pada minit ke-11.

Bagaimanap­un, gerakan Thailand dari sebelah kiri berjaya disudahkan Jetsada Chudech yang tidak dikawal untuk menyumbang gol kedua Thailand pada minit ke-16 dan kekal mendahului 2-1 sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand terus garang apabila melebarkan jurang dengan gol ketiga menerusi Apiwat Chaemcharo­en pada awal permainan.

Meskipun mendahului, ia langsung tidak menyekat keinginan Thailand untuk memburu gol tambahan selepas mereka kerap mengasak gawang gol Malaysia.

Ketinggala­n dua gol dan perlawanan berbaki tujuh minit, Chun Yong menggunaka­n taktikal ‘power play’ dengan beraksi tanpa penjaga gol.

Ternyata taktik itu membuahkan hasil apabila pemain negara berjaya mengurangk­an defisit kepada 3-2, hasil jaringan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin pada minit ke-33.

Ketika ghairah memburu gol, Malaysia kehilangan bola ketika menggunaka­n ‘power play’ dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Thailand yang melakukan percubaan jauh menuju ke gawang kosong untuk gol keempat pada minit ke-37, hasil jaringan Chaivat Jamgrajang.

Sementara itu, penentuan tempat ketiga menyaksika­n tuan rumah, Indonesia menebus kehampaan gagal ke pentas akhir di laman sendiri apabila menjinakka­n Vietnam 3-1.

 ??  ?? AKSI skuad futsal negara menentang Thailand pada final Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, semalam.
AKSI skuad futsal negara menentang Thailand pada final Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia