Harian Metro

Harap tuah Stadium Bukit Jalil SILAP SIKIT PUTIH MATA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Stadium Bukit Jalil yang menjadi gelanggang menentang Malaysia malam ini sememangny­a mempunyai banyak kenangan manis buat pengendali Laos, V Sundramoor­thy.

Di venue sama, beliau menjulang Piala FA bersama skuad LionsXII pada 2015 yang menyaksika­n anak buahnya berjaya mengejutka­n pasukan pilihan, Kelantan dalam perlawanan akhir dengan keputusan 3-1.

Sundramoor­thy yang berasal dari Singapura dan pernah membimbing Negeri Sembilan, bakal sekali lagi menagih tuah Bukit Jalil untuk memburu kemenangan pertama dalam saingan Piala AFF, musim ini.

Mereka tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan di Vientiane, di Laos, manakala Malaysia menumbangk­an Kemboja 1-0, di laman lawan.

“Saya masih ingat memori itu sampai sekarang. Sudah tentu saya harap tuah stadium ini (Stadium Nasional Bukit Jalil) dapat membantu kami (Laos) meraih kemenangan.

“Namun semuanya terletak di tangan pemain apabila turun beraksi nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawa­nan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Malaysia, beliau menganggap pasukannya sebagai bukan pilihan berbanding skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang akan meraih sokongan padu penyokong sendiri.

“Setakat ini kami berada pada tahap terbaik walaupun tewas kepada Vietnam. Bagi saya, Vietnam adalah pasukan pilihan dan begitu juga dengan Malaysia.

“Walaupun bukan pasukan pilihan, sudah tentu kami berharap kami mampu menang. Kami sedar kemampuan kami. Harapan kami memang tinggi untuk mendapatka­n tiga mata.

“Kami perlukan mata untuk memperbaik­i kedudukan selepas berada di posisi terbawah kumpulan. Walaupun beraksi di gelanggang lawan, tetapi kami tetap yakin tiada perkara yang mustahil (untuk menang),” katanya.

Ketika ini, Vietnam muncul pendahulu Kumpulan A selepas mencatatka­n kemenangan besar 3-0 ke atas Laos, manakala Malaysia yang sekadar menang tipis ke atas Kemboja berada di tangga kedua.

„ Apek gesa rakan sepasukan usah pandang rendah kemampuan Laos

Kuala Lumpur

Label selaku pasukan pilihan bukan pasport untuk Malaysia mendabik dada kerana sedikit kesilapan, Harimau Malaya pasti berputih mata ketika bertemu Laos pada aksi kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Itulah yang sangat dibimbangi penolong kapten, Khairul Fahmi Che Mat yang tetap beranggapa­n kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang untuk keluar selaku pemenang.

Khairul Fahmi atau lebih sinonim dengan dipanggil

Apek pantas mengingatk­an rakan sepasukan supaya tidak terlalu yakin kerana sikap itu mampu menjerat diri sendiri apatah lagi jika pemain bersikap terlalu selesa dalam pertemuan penting itu.

Baginya, semua pasukan yang bersaing dalam Piala AFF 2018 memiliki kekuatan tersendiri, termasuk anak didik V Sundramoor­thy yang mahu memburu kemenangan selepas tewas 0-3 dalam aksi sulung bertemu Vietnam, Khamis lalu.

“Kita turun untuk tiga mata pada perlawanan esok. Kita akan beraksi di stadium sendiri, jadi kami akan beraksi dengan yakin, tetapi jangan terlampau yakin.

“Laos mungkin boleh membuat kejutan. Jadi kita kena fokus sepenuhnya,” katanya pada sidang media praperlawa­nan peringkat Kumpulan A, Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Ketika ini, motivasi kem negara berada pada tahap terbaik selepas membuka kempen Piala AFF dengan langkah kanan apabila menewaskan Kemboja 1-0, pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Khamis lalu.

Kemenangan kedua ke atas Laos nanti bukan saja mencerahka­n laluan Malaysia ke separuh akhir, malah ia juga akan membawa kelebihan psikologi untuk berdepan dua pasukan terkuat Kumpulan A, Vietnam dan Myanmar, selepas ini.

“Untuk pastikan kita lebih bersedia menentang Vietnam dan Myanmar, kita

 ??  ?? PEMAIN Harimau Malaya pada sesi latihan terakhir di Stadium Nasional semalam. KHAIRUL Fahmi (kiri) beri ingatan kepada rakan usah alpa berdepan Laos.
PEMAIN Harimau Malaya pada sesi latihan terakhir di Stadium Nasional semalam. KHAIRUL Fahmi (kiri) beri ingatan kepada rakan usah alpa berdepan Laos.
 ?? V Sundramoor­thy ?? Walaupun bukan pasukan pilihan, sudah tentu kami berharap kami mampu menang. Kami sedar kemampuan kami. Harapan kami memang tinggi untuk mendapatka­n tiga mata”
V Sundramoor­thy Walaupun bukan pasukan pilihan, sudah tentu kami berharap kami mampu menang. Kami sedar kemampuan kami. Harapan kami memang tinggi untuk mendapatka­n tiga mata”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia