Harian Metro

Cheng Hoe gusar pemusnah negara tumpul

-

mesti lepas (menang) dengan Laos.

“Saya percaya rakan-rakan sudah bersedia untuk memberikan 100 peratus dalam perlawanan malam esok (ini),” katanya. Kuala Lumpur: Ketiadaan watak pemusnah di jentera depan sedikit membimbang­kan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Selepas menang tipis 1-0 ke atas Kemboja pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Khamis lalu, Cheng Hoe membayangk­an beliau bakal melakukan rombakan terutama di bahagian serangan.

“Iya, saya akan buat sedikit pertukaran memandangk­an kelemahan kita di serangan ketara ketika aksi pertama. Mungkin ia (rombakan) membabitka­n pertukaran pemain atau perubahan posisi pemain, itu kita kena tunggu malam esok.

“Saya mahu pasukan gunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan sebaik-baiknya dan memburu seberapa banyak gol, sebelum kita berdepan pasukan kuat, Vietnam dan Myanmar,” katanya di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pada aksi sulung di Phnom Penh, taring skuad Harimau Malaya tumpul apabila hanya sekali berjaya merobek gawang Kemboja menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-30.

Tambahan gol yang diharapkan daripada rangkaian penyerang negara, Zaquan Adha Abd Radzak, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh gagal disudahkan, termasuk percubaan Safawi dan Sumareh yang terkena tiang.

Cheng Hoe, 50, yang menjadi penolong jurulatih Datuk K Rajagobal ketika menjulang kejuaraan pertama 2010 di Jakarta, turut meminta pemainnya supaya fokus dan tidak melakukan kesilapan mudah terutama di awal permainan.

Katanya, pemain perlu cepat menyesuaik­an diri dengan bahang perlawanan serta jangan terlalu ghairah ketika menyerang, kerana corak serangan balas penyerang Laos cukup pantas dan berbahaya.

“Pasukan perlu fokus dan konsisten sejak minit awal hingga akhir permainan. Kita tidak boleh memandang mudah cabaran Laos yang mampu menghukum pasukan jika kita leka,” katanya.

Kemenangan ke atas skuad V Sundramoor­thy malam ini akan memberi kelebihan kepada Harimau Malaya sebelum mengharung­i aksi lebih sukar selepas ini.

Jika menang, Malaysia akan membawa kelebihan psikologi serta semangat tinggi untuk berdepan dua pasukan yang mara ke separuh akhir pada

2016 – Vietnam dan

Myanmar.

 ??  ?? CHENG Hoe (kiri) berbincang bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi latihan skuad kebangsaan semalam.
CHENG Hoe (kiri) berbincang bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi latihan skuad kebangsaan semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia