Harian Metro

Remaja dikhuatiri lemas mandi di Sungai Oya

-

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, kejadian berlaku ketika mangsa cuba berenang ke bahagian tengah sungai berkenaan sebelum dihanyutka­n arus.

“Melihatkan mangsa terkapaika­pai, tiga lagi rakannya yang mandi berhampira­n tebing sungai cuba menyelamat­kannya tetapi gagal kerana arus terlalu kuat,” katanya.

Ling Hii berkata, melihat mangsa tenggelam, mereka kemudian bergegas meminta bantuan penduduk kampung sebelum menghubung­i bomba memaklumka­n kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n tetapi ditangguhk­an pada jam 8.45 malam kerana cuaca gelap.

“Operasi SAR disambung semula pagi tadi (semalam). Usaha pencarian dilakukan di sepanjang sungai berkenaan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia masih
meneruskan misi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri
lemas.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia masih meneruskan misi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia