Harian Metro

Diacu pedang samurai

- Junaidi Ladjana cnews@nstp.com.my

„ Nelayan cemas ditampar tiga lelaki bertopeng

Seorang nelayan berdepan detik cemas apabila diacu pedang samurai pada lehernya sebelum disamun tiga lelaki ketika berehat dalam bot nelayan majikannya yang berlabuh di perairan Tungku dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang juga warga Indonesia berusia 30 tahun dikatakan tidur seorang diri di atas bot nelayan itu sebelum terjaga selepas dihampiri sebuah bot warna putih.

Tiga lelaki memakai topeng dan bersenjata­kan pedang samurai mendekati mangsa lalu mengacukan­nya ke lehernya.

Seorang daripada suspek itu kemudian bertanya jika ada individu lain di atas bot nelayan berkenaan, namun mangsa beritahu hanya dia berada di atas bot kerana kru bot yang lain bercuti.

Seorang suspek kemudian menampar muka mangsa beberapa kali, selepas itu mereka mengambil alat Sistem Pengesanan Global (GPS) serta lampu keselamata­n bot sebelum melarikan diri.

Susulan kejadian itu, mangsa memaklumka­n kepada majikannya sebelum satu laporan polis dibuat pada jam 10.21 pagi pada hari sama.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan itu dan siasatan lan- jut dijalankan.

“Polis mengesan semua suspek terbabit dan mereka bukan daripada kumpulan pengganas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpula­n bersenjata,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia