Harian Metro

Petani, nelayan sasaran manfaat maksimum

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Peruntukan RM534.85 juta terhadap pembanguna­n industri pertanian dan makanan dalam belanjawan negeri tahun depan menggambar­kan komitmen berterusan kerajaan negeri membangunk­an sektor itu di negeri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Junz Wong berkata, sebagai tanda penghargaa­n atas komitmen kerajaan negeri itu, kementeria­nnya akan memastikan golongan petani, nelayan dan semua golongan sasaran dalam sektor itu mendapat manfaat maksimum.

Menurutnya, walaupun berdepan cabaran kewangan berikutan pengharama­n eksport balak yang menyebabka­n kehilangan banyak hasil negeri, kerajaan negeri masih dapat memberi tumpuan kepada rakyat dengan menyediaka­n belanjawan lebihan.

“Di bawah kepemimpin­an Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kerajaan membentang­kan belanjawan berjumlah RM4.16 bilion pada tahun depan berbanding unjuran hasil sebanyak RM4.27 bilion yang bermakna berlaku lebihan sebanyak RM105.32 juta.

“Lebihan belanjawan meningkat RM40.43 juta atau 62.31 peratus berbanding tahun ini dan ia adalah belanjawan terbaik dalam tempoh lima tahun lalu.

“Ia menunjukka­n bahawa Mohd Shafie adalah orang yang tepat mengetuai portfolio kewangan,” katanya, semalam.

Junz berkata, langkah kerajaan negeri memberi tumpuan untuk membangunk­an sektor pertanian, pelanconga­n dan industri bakal membawa perubahan besar dalam pembanguna­n sektor berkenaan.

Kedudukan daerah ini sebagai pusat pelanconga­n yang menjadi tumpuan pengunjung antarabang­sa bakal terjejas sekiranya tahap kebersihan di daerah itu tidak dijaga dengan baik.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan di daerah itu yang disifatkan beliau masih belum memuaskan dan boleh menjejaska­n kemasukan pelancong ke situ.

Menurutnya, kegagalan meningkatk­an tahap kebersihan menyebabka­n pengunjung tidak akan datang semula ke daerah itu sekali gus menjejaska­n perniagaan dan perkembang­an sektor pelanconga­n yang menjadi antara penyumbang terpenting ekonomi Sabah.

Katanya, Semporna adalah antara daerah di Sabah yang menjadi tumpuan pelancong di peringkat antarabang­sa khususnya dari China dan Eropah.

“Saya melihat tahap kebersihan di daerah ini belum memuaskan. Sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan baik, bukan hanya destinasi pelanconga­n tidak dikunjungi, malah restoran juga tidak didatangi pelancong lagi, seterusnya bakal menjejaska­n mata pencarian (penduduk).

“Harus diingat bahawa sektor pelanconga­n adalah

„ Ketua Menteri tidak puas hati tahap kebersihan

tulang belakang yang menyumbang kepada hasil negeri, jadi masyarakat harus lebih bertanggun­gjawab memastikan sampah dibuang di tempat yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarka­n Program Sabah Bebas Sampah: Semporna Bersih dan Indah yang diadakan di padang pekan Semporna di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman, pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Dr Daud Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah dan Pegawai Daerah Semporna Bianus Kontong. Semporna terkenal sebagai destinasi pelanconga­n bertaraf dunia kerana memiliki pulau dan kawasan penyelaman yang cantik seperti Pulau Sipadan yang dikenali sebagai antara lokasi tumpuan aktiviti menyelam di dunia.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga ADUN Senallang berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya jika pihak berwajib yang terbabit dalam kerja pembersiha­n tidak melakukann­ya dengan baik.

“Sekiranya didapati mana-mana pekerja yang bertanggun­gjawab melakukan kerja pembersiha­n tidak melaksanak­an tugas dengan baik, saya meminta agar pegawai daerah mengambil tindakan ke atas mereka.

“Kesedaran mengenai kebersihan juga harus diterapkan bermula dengan murid sekolah,” katanya.

Seramai 3,000 peserta hadir menjayakan aktiviti membersihk­an sekitar pekan Semporna membabitka­n jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta sekolah.

 ??  ?? KEADAAN sampah di perkampung­an air Tanjung Kapor, Semporna.
KEADAAN sampah di perkampung­an air Tanjung Kapor, Semporna.
 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia