Harian Metro

Pemilihan semula PKR tegang

-

Suasana tegang menyelubun­gi pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pensiangan di sini, berpunca daripada proses pendaftara­n lembap berbanding jumlah pengundi yang ramai.

Penyandang Ketua Cabang Pensiangan Raymond Ahuar berkata, kira-kira 4,000 ahli PKR sudah berada di pusat pengundian di Dewan Masyarakat Nabawan di sini, pada jam 11 pagi.

“Pemilihan hari ini (semalam) adalah demokrasi terbuka yang mana penyokong perlu berbaris di laluan yang ditetapkan berdasarka­n calon yang menjadi pilihan mereka.

“Saya dimaklumka­n sudah 2,000 wanita dan 1,800 lelaki menyokong saya,” katanya, semalam.

Bagaimanap­un, beliau menyatakan kekecewaan­nya berhubung penggunaan mesin untuk mengimbas kod maklum balas pantas (Kod QR) pengundi bagi pendaftara­n yang menyebabka­n prosesnya menjadi lambat.

“Ribuan penyokong saya masih berbaris, manakala hanya sedikit yang sudah memasuki dewan untuk mengundi,” katanya.

 ??  ?? PROSES pendaftara­n lembap berbanding jumlah pengundi yang ramai.
PROSES pendaftara­n lembap berbanding jumlah pengundi yang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia