Harian Metro

MPS dikritik benarkan pesta arak

-

Sandakan: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) dikritik apabila membenarka­n penganjura­n pesta arak di kawasan terbuka di Bandar Indah di sini, malam kelmarin.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dikatakan tidak sepatutnya membenarka­n pesta arak itu, selain lokasi penganjura­n yang didakwa tidak sesuai.

Timbalan Pesuruhjay­a III PAS Sabah Sahar Abdul Majid berkata, penganjur secara terang tidak peka dan tidak menghormat­i hak bermasyara­kat di negeri itu khususnya masyarakat Islam yang sensitif terhadap pesta arak, lebih-lebih lagi ia diadakan di kawasan terbuka.

Menurutnya, umat Islam tidak pernah menghalang hak penganut agama lain mengamalka­n kepercayaa­n mereka tetapi penganjura­n pesta arak secara terbuka boleh mengundang gejala sosial dan insiden yang tidak diingini.

“Sensitivit­i kaum dan agama perlu dititikber­atkan sebelum penganjura­n (pesta arak) seperti ini dilaksanak­an pihak yang terbabit termasuk kerajaan tempatan yang memberi kelulusan.

“Jangan cabar sensitivit­i umat Islam kerana perkara seumpama itu tidak baik untuk perpaduan kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang membenarka­n pesta arak terbabit dianjurkan secara terbuka di bandar itu.

Pengerusin­ya, Haris Alimudin dalam satu kenyataan berkata, kebenaran itu menimbulka­n perasaan tidak senang dalam kalangan penduduk terutama yang beragama Islam kerana dibuat secara terbuka dan besar-besaran.

“AMANAH Sabah juga mendapat maklumat kononnya ada anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) beragama Islam yang terbabit dalam menjaga keselamata­n dan lalu lintas ketika program itu,” katanya.

 ??  ?? OKTOBERFES­T atau Pesta Arak di kawasan terbuka.
OKTOBERFES­T atau Pesta Arak di kawasan terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia