Harian Metro

TRAGEDI ZARA

„ Bayi 11 bulan mati akibat serangan fizikal dan seksual oleh suami pengasuh

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Siti Nor Hidayatida­yu Razali cnews@nstp.com.my

Bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal yang belum mengerti apa-apa disahkan meninggal dunia akibat penderaan fizikal dan seksual disyaki angkara suami pengasuhny­a.

Ibunya, Noraihan Ab Aziz menganggap tindakan itu terlalu kejam dan tidak masuk akal serta berharap pelakunya dikenakan hukuman paling berat, lapor Nurul Hidayah Bahaudin dan Siti Nor Hidayatida­yu Razali

“Dia sering menangis dan dua minggu lalu selama dua hari

berturut-turut keadaan badan anak lebam di dahi dan kedua-dua tangan. Keadaan itu membuatkan saya tidak sedap

hati tetapi tiada pilihan kerana sukar mencari pengasuh lain

Noraihan

“Penderaan itu terlalu kejam kerana anak kecilnya tidak tahu apa-apa dan tidak bersalah. Penderaan yang dilakukan terlalu berat dan tidak masuk akal.”

“Saya mahu individu yang melakukan perbuatan terhadap anak saya dikenakan hukuman berat.

“Tidak pernah terfikir anak saya akan diperlakuk­an seperti ini. Selagi pelaku itu tidak dihukum, selagi itu hati saya tidak tenang. Namun, saya reda dengan pemergiann­ya,” kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi berusia 11 bulan yang maut dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuhny­a.

Bayi malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama manjanya, Zara disahkan meninggal dunia Jumaat lalu, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, di sini, Rabu lalu.

Noraihan berkata, dia dimaklumka­n oleh polis bahawa suami pengasuh berusia 36 tahun itu menjaga sepenuh masa anak perempuann­ya sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki terbabit yang berusia 28 tahun, 21 September lalu.

“Saya terpaksa menghantar anak ke rumah pengasuh kerana mahu bekerja disebabkan ekonomi tidak stabil dan mahu membantu kewangan suami.

“Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri.

“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook. Dia menghubung­i saya menerusi WhatsApp memaklumka­n berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 setiap seorang dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam.

“Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya bertemu dengan pengasuh itu di rumahnya tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

“Ketika itu, dia memaklumka­n akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangk­an dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Noraihan berkata, dua minggu lalu dia menyedari ada kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara.

“Pengasuh memberitah­u kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabka­n dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis.

“Keadaan Zara itu menyebabka­n kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari. Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, Selangor, namun Zara kerap menangis menyebabka­n saya tidak menghantar ke rumah kakak, malah terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.

“Sebelum kejadian, kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanya mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitah­u Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.

“Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang kira-kira jam 3 petang memaklumka­n anak dalam keadaan tenat. Saya dimaklumka­n dia dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal,” katanya.

Katanya, ketika dirawat, doktor memaklumka­n ada kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan.

“Hasil bedah siasat, saya dimaklumka­n ada tiga bahagian pada kepala Zara retak, selain tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.

“Polis memaklumka­n sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapa­n isterinya seorang yang lembab membuat kerja,” katanya.

Noraihan memaklumka­n pernah bertemu suami pengasuh itu yang dilihat seperti individu normal namun riak mukanya kelihatan garang.

“Sebelum ini, saya pernah terserempa­k dengan lelaki terbabit ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu normal lain,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami, Muhammad Zainal Abd Rahman, 27, sebelum ini bercadang mencari pengasuh lain kerana anak bongsu daripada dua beradik itu seakan-akan tidak mahu tinggal di rumah pengasuh berkenaan.

Katanya, hasrat mereka mencari pengasuh lain terpaksa dilakukan pada cuti hujung minggu kerana kekangan masa tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila anak tersayang meninggal dunia.

“Setiap kali hantar anak ke rumah pengasuh, dia sering menangis dan dua minggu lalu selama dua hari berturut-turut keadaan badan anak lebam di dahi dan kedua-dua tangan.

“Keadaan itu membuatkan saya tidak sedap hati tetapi tiada pilihan kerana sukar mencari pengasuh lain,” katanya.

Katanya, kematian Zara menyebabka­nnya tidak senang duduk setiap kali mengenangk­an perbuatan durjana dilakukan terhadap anaknya.

Menurut Noraihan, berbanding anak sulungnya tidak pernah mengalami kecederaan, malah tidak pernah menceritak­an apa-apa ketika berada di rumah pengasuh dan hanya pada hari kejadian anak memberitah­u adiknya tercekik epal.

“Anak sulung amat rapat dengan Zara dan sering bertanya kenapa adiknya masuk dalam kubur.

“Saya tak tahu nak jawab apa kerana anak sulung menganggap adiknya sedang tidur,” katanya memaklumka­n Zara selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi kelmarin.

Difahamkan, suami pengasuh terbabit sudah ditahan sebaik memberi keterangan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kajang, Khamis lalu.

 ??  ??
 ??  ?? ZARA yang maut selepas didera secara fizikal dan seksual, kelmarin. PERBUALAN WhatsApp di antara Noraihan dan pengasuh mengenai penjagaan Zara.
ZARA yang maut selepas didera secara fizikal dan seksual, kelmarin. PERBUALAN WhatsApp di antara Noraihan dan pengasuh mengenai penjagaan Zara.
 ??  ?? NORAIHAN mendukung jenazah Zara.
ZARA tenat di Hospital Serdang. JENAZAH Zara dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan.
NORAIHAN mendukung jenazah Zara. ZARA tenat di Hospital Serdang. JENAZAH Zara dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia