Harian Metro

SEORANG MAUT KONGSI GELAP MASUK SEKOLAH

„ Lelaki mati ditikam, lima cedera dalam pergaduhan dua geng kongsi gelap

- Mohd Sabran Md Sani cnews@nstp.com.my

Pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi punca pemuda berusia 21 tahun maut, manakala lima yang lain cedera dalam kejadian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang Skudai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian jam 12.30 tengah hari itu ketika sekolah berkenaan menganjurk­an karnival jualan di sebuah dewan di dalam sekolah terbabit.

Katanya, siasatan punca kejadian dipercayai akibat pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap yang hadir pada karnival itu.

“Pergaduhan bermula di dewan sekolah sebelum dua mangsa ditikam seorang suspek mengakibat­kan kedua-duanya yang cedera berlari ke luar sekolah.

“Ketika itu kedua-dua mangsa rebah di luar pintu pagar sekolah sebelum seorang mangsa berusia 21 tahun maut ditikam di dada,” katanya pada sidang media di luar sekolah itu, semalam.

Katanya, siasatan mendapati seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang berasal dari Batu 8, Jalan Skudai di sini, cedera di lengan kiri akibat kejadian itu.

Mengulas lanjut katanya, pihak sekolah memberi kebenaran kepada ibu bapa dan orang luar hadir pada karnival jualan amal terbabit.

“Bagaimanap­un, berlaku kejadian tidak diduga apabila program disertai 500 orang itu mengakibat­kan pergaduhan hingga ada mangsa terbunuh.

“Kejadian kali pertama itu bagaimanap­un tidak membabitka­n pelajar sekolah, sebaliknya mangsa lelaki (yang maut) berasal dari Taman Mewah, Setiawan, Perak,” katanya.

Menurutnya, polis menahan 12 individu berusia 14 hingga 21 tahun bagi membantu siasatan.

“Tindakan pantas polis menahan semua suspek terbabit di sekitar kawasan sekolah itu.

“Tangkapan pertama membabitka­n sembilan individu sebelum diikuti tiga suspek lain yang cedera,” katanya.

Katanya, polis masih mengesan suspek lain, selain meneliti latar belakang kumpulan terbabit pergaduhan itu.

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

12 individu ditahan di sekitar kawasan sekolah

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI maut ditikam dalam pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap di SJKC Kuo Kuang Skudai, semalam.
LELAKI maut ditikam dalam pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap di SJKC Kuo Kuang Skudai, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? ANG G OTA fo re n s i k melakukan siasatan di lokasi kejadian lelaki maut ditikam.
ANG G OTA fo re n s i k melakukan siasatan di lokasi kejadian lelaki maut ditikam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia