Harian Metro

IBU RAYU ANAK HAMIL SERAH DIRI

„ Ibu risau nasib kandungan zuriat dilarikan Boy Tiger ke utara tanah air

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Nenek kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera bimbang berikutan anak perempuann­ya yang menghilang­kan diri bersama suami selepas diburu polis kini sarat mengandung.

Hamidah Yunus, 41, berkata anak perempuann­ya yang juga ibu kepada mangsa dera, Noraini Samian, 20, sepatutnya bersalin anak ketiga minggu lalu.

Malah, ketika melarikan diri, pasangan terbabit turut membawa seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia satu tahun sembilan bulan.

Katanya, dia risau keadaan cucunya itu serta Noraini yang dipercayai dipaksa suaminya, Khairul Izaini Khairuddin, 31, atau Boy Tiger melarikan diri bersama selepas pegawai perubatan di Hospital Ampang mengesahka­n mangsa, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman, meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital itu, Khamis lalu.

“Memang saya risau keadaannya kerana dia sedang sarat mengandung dan bila-bila masa saja akan melahirkan anak.

“Malah, jika disemak pada tarikh, dia sepatutnya sudah bersalin pada minggu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan Dalam di sini, semalam.

Hamidah berkata, dia percaya Noraini terpaksa mengikut kata suaminya berikutan tidak berdaya serta takut diapa-apakan.

Katanya, sebelum ini pernah beberapa kali anak perempuann­ya itu memaklumka­n dipukul suami.

“Bukan saja pukul isteri dan anak, malah dia (Boy Tiger) juga pernah beberapa kali bertengkar dengan saya serta ahli keluarga yang lain.

“Jadi, saya percaya Noraini terpaksa mengikut saja kehendak suaminya itu kerana takut,” katanya.

Menurutnya, sebelum Muhammad Khairil Akmal disahkan meninggal dunia selepas menjadi mangsa dera bapa tirinya, dia serta seorang lagi anak perempuann­ya ada membuat dua laporan polis mengenai perlakuan Boy yang sering memukul isteri dan anaknya.

Katanya, dua laporan masing-masing dibuat pada 25 Oktober dan 30 Oktober lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Kali pertama, laporan dibuat berikutan saya melihat kesan lebam pada bibir dan mata cucu saya yang saya syaki didera bapa tirinya.

“Manakala, laporan kedua mengenai perbuatan Boy yang memukul isteri serta anak selain perbuatann­ya yang mengelar tangan kirinya sendiri dengan pisau,” katanya.

Hamidah berkata, dalam laporan kedua itu juga dia ada memaklumka­n bahawa Boy adalah bekas banduan.

“Saya terkilan kerana selepas dua laporan dibuat, polis masih tidak mengambil tindakan sewajarnya.

“Mungkin cucu saya masih hidup jika polis dapat mengambil tindakan awal termasuk memisahkan mereka untuk sementara waktu jika mereka menyiasat kes itu lebih awal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, ketika dihubungi, di sini, semalam, berkata polis percaya suspek terbabit sudah melarikan diri ke utara tanah air.

“Berdasarka­n siasatan awal, kita percaya suspek sudah melarikan diri dari negeri ini. Malah, kita percaya mereka sudah lari ke utara tanah air pada hari sama anak mereka disahkan meninggal dunia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HAMIDAH menunjukka­n gambar cucunya yang meninggal dunia.
HAMIDAH menunjukka­n gambar cucunya yang meninggal dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia