Harian Metro

KL DILANDA BANJIR KILAT

-

Hujan lebat sejak jam 4 petang menyebabka­n beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat, banjir lumpur dan kejadian pokok tumbang, semalam.

Di Selangor, Unit Pengurusan Bencana negeri menerima maklumat mengenai kejadian banjir lumpur di Jalan Putra Hulu Langat, jam 5.30 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, lokasi terbabit adalah kawasan rendah berhampira­n pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang menyebabka­n banjir lumpur.

“Banjir lumpur di kawasan itu juga menjejaska­n laluan utama menghala ke Bukit Ampang. Bagaimanap­un, banjir lumpur dilaporkan surut kira-kira jam 6 petang tadi (semalam).

“Namun, unit terbabit akan meneruskan pemantauan di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sementara itu, di Kuala Lumpur beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat di laluan utama sejak jam 5 petang semalam.

Pengarah Jabatan Penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood berkata, antara laluan dinaiki air adalah terowong Jalan Tun Razak, Jalan Pudu Ulu, Jalan Cheras, Jalan Pudu Perdana, Jalan Datuk Keramat, Jalan Wirawati dan kawasan berhampira­n Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

“Selain itu, kami turut menerima laporan pokok tumbang di Jalan Ampang dan Jalan Kerayong disebabkan angin kuat dan hujan lebat, petang tadi (semalam).

“Beberapa pasukan Skuad Bencana DBKL dikerahkan bagi memantau kawasan terjejas akibat kejadian itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA yang terperangk­ap dalam banjir dalam sebuah terowong di ibu kota, semalam. RUANG parkir di sebuah pusat beli-belah di Cheras dinaiki air, semalam.
MANGSA yang terperangk­ap dalam banjir dalam sebuah terowong di ibu kota, semalam. RUANG parkir di sebuah pusat beli-belah di Cheras dinaiki air, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia