Harian Metro

KASIH KEK RM6,000

„ Zamarul, Diana puas dapat realisasi permintaan anak

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi dan pelakon Diana Rafar bersama suami, Zamarul Hisham menyediaka­n kek berbentuk Lion King berharga RM4800 buat anak lelaki mereka Kashfi Haiqal, 8, dan kek Little Pony RM1200 untuk anak perempuan, Kayla Reysha, setahun, bersempena sambutan hari jadi yang diadakan di kediaman mereka,kelmarin.

Diana, 36, atau nama sebenarnya Adiana Rafar berkata, meski majlis itu dibuat lewat daripada tarikh hari jadi sebenar, dia dan suami tetap bersyukur serta berpuas hati kerana dapat merealisas­ikan permintaan anak sulung.

“Kashfi memang minat kartun Lion King. Jadi, saya minta Anne buatkan kek bentuk singa. Pada masa sama, apabila bincang dengan perancang majlis mereka cakap rekaan kek sesuai dengan tema Putera dan Puteri.

“Kek ini kami bayar sebab Abang Zamarul jenis tak suka ditaja. Dari zaman kami kahwin lagi memang begitu. Apa yang penting kami puas hati dengan hasil yang dibuat.

“Bukan tujuan nak tular tetapi setiap tahun kalau boleh nak ada sesuatu yang istimewa dan eksklusif untuk anak. Sekali gus memberi kepuasan. Tengok kek yang dibuat pun jadi sayang nak potong sebab cantik sangat,” katanya kepada Harian Metro.

Diana yang juga pelakon filem Susuk berkata, sambutan itu lewat diadakan kerana keadaan kesihatan ibunya yang kritikal hingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ogos lalu mak saya dimasukkan hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Kebetulan, pada waktu itu hari jadi Kayla dan umat Islam menyambut hari raya Aidiladha.

“Jadi, saya dan suami ambil keputusan tak nak buat sebarang majlis termasukla­h sambutan hari jadi Kashfi pada 29 Oktober lalu.

“Cuma, memandangk­an tahun sebelum ini kami buat majlis hari jadi, kali ini dia bertanya pula.

“Bagi memenuhi permintaan Kashfi, saya dan suami buat juga sekali dengan majlis Kayla. Ia bukan saja lebih jimat tetapi kami pun tak perlu jemput tetamu yang sama banyak

kali. Nanti apa pula kata mereka. Silap hari bulan tak datang,” katanya.

Selain sambutan hari jadi, Diana turut mengadakan majlis doa selamat buat kesihatan ibunya dan sempena berpindah ke rumah baru.

“Mak belum sihat sepenuhnya. Jadi, sebelah pagi kami terlebih dahulu buat majlis kesyukuran, doa selamat dan bacaan tahlil. Ia juga sempena kami pindah rumah baru sejak sebulan lalu.

“Saya nak mak cepat sihat. Malah, ketika di hospital lagi mak selalu tanya, bila nak pergi rumah baru. Cuma saya cakap tunggu rumah siap sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa, semoga mak dipanjangk­an umur dan dapat tengok rumah ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZAMARUL bersama Diana pada sambutan hari jadi anak mereka, kelmarin.
ZAMARUL bersama Diana pada sambutan hari jadi anak mereka, kelmarin.
 ??  ?? KEK Lion King berharga RM4800 buat Kashfi dan kek Little Pony RM1200 untuk Kayla.
KEK Lion King berharga RM4800 buat Kashfi dan kek Little Pony RM1200 untuk Kayla.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia