Harian Metro

Bukan lupa lirik

-

„ Zamani dakwa tidak dengar muzik ketika persembaha­n Gegar Vaganza

Zamani yang juga penyanyi kumpulan Slam berkata, dia menghormat­i setiap komen dan kritikan penonton yang rata-rata menyifatka­n dia tidak layak beraksi di pentas akhir program itu minggu ini.

“Tentu saja saya malu. Apa pun penjelasan saya, orang akan cakap ini alasan. Siapa yang masih tak boleh terima keputusan ini, terserah pada diri masing-masing.

“Kalau ikutkan saya nak minta berhentika­n muzik dan buat semula persembaha­n. Tetapi, tak boleh sebab ini pertanding­an dan bukannya acara biasa.

“Mungkin Allah nak bantu saya, jadi teruskan juga. Malah, selepas lagu pertama saya rasa tak mahu nyanyi lagi lagu kedua. Namun, saya kena juga habiskan tanggungja­wab ini,” katanya.

Bagaimanap­un, Zamani menebus kesilapan persembaha­n pertama dengan memberikan nyanyian bertenaga menerusi lagu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi.

Sementara itu, ketua juri, Datuk Ramli MS mempertaha­nkan keputusan dibuat kerana Zamani bangkit pada persembaha­n kedua dan melayakkan dirinya mendapat markah tinggi.

“Sepanjang lima musim GV, saya tak pernah bagi markah tinggi dan Zamani peserta pertama yang dapat daripada saya. Saya mendengar nyanyian keduanya dan dia memang layak.

“Berbanding peserta lain, Zamani menyanyika­n lagu itu seperti lagunya sendiri. Malah, ia menjadi persembaha­n terbaik Zamani sepanjang pembabitan­nya dalam program ini.

“Kalau nak persoalkan kenapa dia masuk akhir, kita ada tiga juri. Masing-masing beri markah,” katanya.

 ?? Zamani ?? ZAMANI Kalau ikutkan saya nak minta berhentika­n muzik dan buat semula persembaha­n”
Zamani ZAMANI Kalau ikutkan saya nak minta berhentika­n muzik dan buat semula persembaha­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia