Harian Metro

Mengaku rapat dengan ‘Papa’

-

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, 38, mengakui sedang dalam proses mengenali rapat seorang lelaki dikenali sebagai Papa.

Papa yang dikenali sejak lima bulan lalu itu juga rapat dengan anaknya, Putri Sara Sefhia, 2, dan menerima anaknya seperti anak sendiri.

“Kami masih lagi dalam fasa perkenalan. Papa adalah nama yang dipanggil Sefhia kepadanya dan Sefhia pun nampaknya mula selesa dengannya.

“Papa juga sayang Sefhia seperti anaknya sendiri. Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat-buat,” katanya kepada Harian Metro.

Elly berkata, keikhlasan Papa juga membuka hatinya untuk menerima cinta baru.

“Dia hadir pada masa yang betul. Buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk bahagiakan Sefhia.

“Saya terbuka hati untuk menerimany­a kerana dia sanggup keluar bertiga kerana saya akan sentiasa membawa Sefhia bersama,” katanya.

Penyanyi lagu Istana Depan Mata itu juga gembira melihat anaknya yang kini nampak sangat bahagia.

“Papa membuatkan Sefhia rasa disayangi. Jika dulu, dia tengok saja jika ada kanak-kanak yang bermanja dengan bapa mereka. Sekarang, dia sudah dapat rasakan perasaan yang sama seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Selain itu, lelaki itu juga nampaknya sudah melakukan pelbagai persediaan untuk kehidupann­ya.

 ??  ?? ELLY
ELLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia