Harian Metro

Kediaman pilihan

-

„ Pameran MyRumah di AEON Mall Ipoh selama tiga hari

Siri Pameran Hartanah MyRumah anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) buat julung kalinya diadakan di Perak.

Pameran siri kelima dan terakhir untuk tahun ini bakal menemui orang ramai di bandar raya ini di pusat beli-belah AEON Mall Ipoh, Klebang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam selama tiga hari mulai 16 hingga 18 November ini.

Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP Roche Chew berkata, lima pemaju dan satu syarikat bukan pemaju akan menyertai pameran itu dengan lebih 1,000 unit kediaman ditawarkan untuk dijual.

Beliau berkata, lima pemaju yang mengambil bahagian ialah SPNB Aspirasi Sdn Bhd, Rima Properties Holding Sdn Bhd, Sun Land Properties Sdn Bhd, Casa Subang Sdn Bhd dan P K Lee Sdn Bhd.

Katanya, syarikat bukan pemaju yang mengambil bahagian pula ialah Takaful Ikhlas Berhad.

“Semua kediaman yang dijual berharga antara RM300,000 hingga RM500,000 seunit,” katanya pada sidang media di AEON Mall Ipoh Klebang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengiklana­n Wilayah NSTP S Linggaraj dan Pengurus Projek MyRumah Mohd Haslan Abd Abbas.

Chew berkata, antara projek perumahan yang dijangka menjadi tarikan ialah projek rumah semi-d Metro Maya di Batu Gajah dekat sini, rumah teres dua tingkat di Taman Klebang Rima, rumah teres dua tingkat di Sunland Residence di Jalan Kuala Kangsar serta rumah semi-d setingkat dan dua tingkat di Taman Permai Utama, Gurun, Kedah.

Katanya, selain pameran kediaman untuk dijual, pihaknya turut menampilka­n pelbagai program menarik untuk pengunjung termasuk ceramah oleh enam pakar hartanah, antara lain membincang­kan isu seperti lima trend rekaan dan hiasan rumah pada 2019 serta bagaimana tip membeli banyak rumah dalam satu masa, cabutan nombor bertuah serta aktiviti untuk kanak-kanak.

Beliau berkata, program kali ini turut menyajikan penampilan istimewa personalit­i Maria Tunku Sabri yang akan melakukan demonstras­i masakan pada waktu tengah hari 18 November, selain berkongsi pengalaman­nya dalam bidang hartanah termasuk kisah rumah tujuh tingkatnya yang menjadi viral dalam media sosial.

Chew berkata, pihaknya menyasarka­n kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari program berkenaan yang dibuka percuma kepada orang ramai.

Katanya, majlis perasmian dijangka disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri Yong Choo Kiong.

Chew berkata, program MyRumah di Ipoh adalah yang kelima tahun ini selepas Shah Alam, Sungai Petani, Johor Bahru dan Melaka, dengan anggaran pengunjung di empat destinasi itu ialah 48, 500 orang.

“MyRumah bukan sahaja menawarkan unit rumah pada harga berpatutan untuk dibeli, malah menyediaka­n maklumat penting dan mendalam mengenai pelaburan hartanah kerana objektif utama kita mengadakan program ini ialah membantu pembeli rumah membuat keputusan yang penting dalam kehidupan mereka.

“Ia selaras dengan konsep 3E menerusi MyRumah iaitu Exhibition (pameran) hartanah, Education (pendidikan) bagaimana memilih rumah sesuai serta aspek lain serta Experience (pengalaman) menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang pameran itu,” katanya.

 ??  ?? ROCHE (lima kiri), Linggaraj (empat kiri) dan Mohd Haslan (kiri) bersama wakil pemaju perumahan pada sidang media Program MyRumah di AEON Mall Ipoh Klebang.
ROCHE (lima kiri), Linggaraj (empat kiri) dan Mohd Haslan (kiri) bersama wakil pemaju perumahan pada sidang media Program MyRumah di AEON Mall Ipoh Klebang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia