Harian Metro

PDRM janji bantu

- Amin Ridzuan Ishak cnews@nstp.com.my

„ Siasat latar belakang pengasuh dan keluarga

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu pihak berkaitan bagi menyiasat latar belakang pengasuh dan keluarga mereka yang terbabit dengan kes dera yang menyebabka­n kematian bayi perempuan berusia 11 bulan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius kejadian menimpa Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal di Bandar Baru Bangi, Selangor dan kes seumpamany­a yang kerap berlaku sejak kebelakang­an ini.

“Kita boleh membantu berkaitan maklumat sama ada pengasuh itu atau keluargany­a pernah terbabit dengan jenayah ataupun penagih dadah seperti berlaku dalam kes (dera) sebelum ini.

“Memang sebelum ini kita ada membantu dengan menjalanka­n siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan tetapi polis mahu ke peringkat seterusnya sebagai langkah pencegahan,” katanya kepada media selepas merasmikan penutupan Persidanga­n Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia ke-30, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti PDRM, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan Pre- siden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Datuk Aishah Mohammad.

Nur Muazara Ulfa meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor yang membangkit­kan kemarahan orang ramai.

Bayi dilahirkan pada 10 Disember 2017 itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhny­a selepas pemeriksaa­n mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa.

Laporan bedah siasat pula mendapati kematian mangsa disebabkan kesan objek tumpul di kepala dengan tempurung kepala bayi itu pecah selain ada kesan lebam di bahagian atas kepala mangsa.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek lelaki berusia 36 tahun itu mendapatin­ya positif methamphet­amine. Dia dan isterinya yang berusia 28 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ?? NOOR Rashid (tengah) selepas merasmikan penutupan Persidanga­n Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia ke-30 di Hotel Ancasa.
NOOR Rashid (tengah) selepas merasmikan penutupan Persidanga­n Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia ke-30 di Hotel Ancasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia