Harian Metro

Wanita sara suami lumpuh, tiga zuriat

-

Kota Bharu: Demi mencari rezeki bagi menanggung suami yang lumpuh, seorang ibu kepada tiga anak berusia 10 hingga 17 tahun, tabah memikul tanggungja­wab menjadi ketua keluarga.

Siti Zaharah Mohd, 45, berkata, suaminya, Mohd Udin Saufi,

47, disahkan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kronik sejak dua tahun lalu, namun keadaan kesihatann­ya semakin merosot apabila diserang penyakit lumpuh sejak tiga bulan lalu.

Katanya, dalam tempoh dua tahun selepas disahkan menghidap penyakit itu, kesihatan suaminya sering kali terganggu sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai pengimpal besi dan sejak itulah dia terpaksa memikul tanggungja­wab sebagai ketua keluarga untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

“Jika sebelum ini, saya dan suami sama-sama bekerja untuk menambah pendapatan keluarga, tetapi kini bersendiri­an menggalas tanggungja­wab ini selepas dia sakit dan kini hanya terlantar di atas tilam.

“Lebih menyedihka­n lagi, selepas suami terlantar, dia tidak lagi boleh bercakap dan hanya merengek seperti anak kecil apabila berasa sakit terutamany­a apabila diserang sawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lundang.

Siti Zaharah mengakui pendapatan­nya sebagai pembancuh air di kedai makan tidak mencukupi untuk menampung perbelanja­an suami dan tiga anaknya.

Siti Zaharah berkata, bantuan bulanan yang diperoleh suaminya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 terpaksa digunakan untuk membayar sewa rumah.

“Bagi menambah pendapatan keluarga, setiap pagi saya menjual nasi dan diletakkan di kedai makan di Wakaf Siku dan hasil jualan yang diperoleh sekitar RM40 hingga RM45 sehari,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga itu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03109-29-00011246-1 atas nama Mohd Udin Saufi atau hubungi Siti Zaharah di talian 017-9704369.

 ??  ?? SITI Zaharah memberi Mohd Saufi minum susu khas melalui tiub yang dipasang di hidung.
SITI Zaharah memberi Mohd Saufi minum susu khas melalui tiub yang dipasang di hidung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia