Harian Metro

‘Saya ingin baik’

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

„ Zaibo rindu pada industri, rakan artis

“Saya tidak keberatan untuk berlakon semula tetapi tidaklah serancak dulu disebabkan keadaan saya.

“Saya tidak nafikan yang saya tidak boleh cuci tangan 100 peratus (dalam industri seni),” kata pelakon dan pelawak, Zaibo.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abdul Hamid, 62, yang kini bertarung dengan kanser esofagus sejak September lalu berkata, perasaan rindu tetap ada pada industri hiburan dan rakan artis lain.

“Saya ingin baik (pulih). Puan Sri Tiara Jacquelina ada menelefon saya dan pihak penerbitan rancangan pun sama kerana kami semua rakan lama.

“Ada pihak juga beritahu ingin menerbitka­n semula (sitcom) Spanar Jaya versi baru tetapi saya tak tahu dengan keadaan kesihatan saya macam ini,” katanya ditemui di kediamanny­a di Jalan Sekolah Menengah Permata Jaya, Rengit, semalam.

Terdahulu, Zaibo menerima kunjungan Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Ditanya mengenai keadaan kesihatann­ya, Zaibo berkata, dia bersyukur kerana tahap kesihatann­ya semakin baik berbanding sebelum ini.

“Minggu lalu, gambar saya dalam keadaan terlantar menjadi tular. Pada mulanya, saya bercadang sembunyika­n kepada masyarakat mengenai keadaan kesihatan tetapi ada pihak tularkanny­a tetapi saya tak salahkan.

“Saya beritahu dia, seminggu ke, sebulan ke selepas itu baru disiarkan iaitu ketika saya bertambah baik.

“Pada masa itu keadaan saya masih teruk dan rasa tak selesa kerana menerima panggilan bertalu-talu dan ia mengganggu kesihatan.

“Pada masa sama, saya berterima kasih kepada orang yang menyiarkan kisah ini kerana saya menerima kunjungan daripada pelbagai pihak, ahli politik, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain dari seluruh Johor,” katanya.

Zaibo berkata, kemuncak kepada semua ini, dia menerima kunjungan daripada Tunku Tun Aminah.

“Saya berterima kasih dan menjunjung kasih atas keprihatin­an Tunku Tun Aminah, suami dan seluruh keluarga Sultan Ibrahim,” katanya.

 ??  ?? ZAIBO ditemani isterinya, Siti Hawadi kedaiaman mereka
di Pekan Rengit.
ZAIBO ditemani isterinya, Siti Hawadi kedaiaman mereka di Pekan Rengit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia