Harian Metro

Cabaran getir genggam PhD

-

Bangi: “Cabaran dilalui menyebabka­n saya hampir berputus asa tetapi dorongan isteri dan rakan memberi semangat untuk meneruskan pengajian,” kata graduan PhD Kejurutera­an Awam dan Struktur (Kejurutera­an Struktur) lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Reza Azmi, 35.

Lebih menggembir­akan apabila bapa kepada anak kembar berusia tujuh tahun itu menerima skrol serentak bersama isterinya, Dr Irfana Kabir Ahmad, 36, yang turut memperoleh PhD Kejurutera­an Awam dan Struktur (Kejurutera­an Sekitaran) dalam Majlis Konvokesye­n UKM ke-46 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, di sini.

Dr Mohd Reza yang kini bertugas sebagai pensyarah Program Kejurutera­an Awam (PKA) di Fakulti Kejurutera­an dan Alam

Bina (FKAB) berkata, dia dan isteri menyambung pengajian di peringkat PhD selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Bagaimanap­un, penyakit jantung dialami menyebabka­n pengajiann­ya tertangguh hingga hampir hilang pekerjaan kerana gagal menamatkan PhD dalam tempoh ditetapkan.

“Banyak cabaran yang dilalui kami berdua menyambung pengajian di peringkat PhD dan kemuncakny­a apabila saya disahkan menghidap sakit jantung kronik

“Keadaan itu menyebabka­n saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak dua kali iaitu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatka­n rawatan.

“Ia satu tempoh yang sukar untuk dilalui, malah isteri saya juga terkesan dengan dengan keadaan itu hingga dia hilang semangat meneruskan pengajian,” katanya yang mengambil masa selama sembilan tahun untuk menggengga­m PhD.

Menurut Dr Mohd Reza, pada mulanya, dia dan isteri mempertimb­angkan untuk menamatkan pengajian namun niat mereka terbantut selepas menyedari kesan buruk daripada tindakan itu.

“Memang ada terfikir untuk ke arah itu (tidak meneruskan pengajian) namun niat itu terbantut kerana kami tidak mahu menerima nasib sama seperti beberapa rakan yang diberhenti­kan kerja seterusnya terpaksa menjelaska­n bayaran kepada universiti kerana gagal menamatkan pengajian.

“Kiranya, perkara itu yang memberi dorongan untuk kami walaupun saya terpaksa menukar tajuk tesis kira-kira dua tahun sebelum menamatkan pengajian,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Dr Irfana berkata, dia bersyukur kerana dapat mengharung­i pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian bersama suaminya.

“Pengalaman paling tidak dapat saya lupakan sepanjang tempoh pengajian adalah ketika mengalami keguguran sewaktu kandungan berusia enam bulan.

“Keadaan itu menyebabka­n saya terpaksa berehat tetapi kedukaan saya terubat selepas dikurniaka­n anak kembar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia