Harian Metro

Rosmah bakal didakwa Khamis ini

-

Kuala Lumpur: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka didakwa di mahkamah Khamis ini berhubung tuduhan baru membabitka­n siasatan terhadap projek solar hibrid bagi sekolah di Sarawak.

Difahamkan, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah dalam jangka waktu terdekat berikutan peranannya dalam projek itu yang disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Sumber SPRM berkata, projek membabitka­n dana RM1.25 bilion itu disiasat berikutan diberikan tanpa melalui prosedur operasi standard (SOP) Kementeria­n Pendidikan ketika pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, projek membabitka­n pemasangan sistem solar hibrid di 369 sekolah luar bandar di Sarawak dianugerah­kan kepada sebuah syarikat berdasarka­n arahan langsung daripada Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

“Berdasarka­n siasatan, Rosmah dijangka dikenakan beberapa pertuduhan atas peranan dalam projek itu.

“Malah, ia juga susulan siasatan terhadap bekas pegawai khas Najib iaitu Datuk Rizal Mansor yang sebelum ini ditahan SPRM pada 9 Julai lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut sumber itu lagi, Rosmah dan Rizal dijangka dituduh di mahkamah minggu ini.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah menghadapi 17 tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitka­n aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagaimanap­un, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan membabitka­n diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarka­n kemasukan wang RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya serta lima lagi pertuduhan kerana gagal membuat penyata pendapatan.

Mahkamah kemudian membenarka­n Rosmah dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dan diminta menyerahka­n dua dokumen perjalanan miliknya kepada mahkamah.

Siasatan SPRM ke atas Rizal pula kerana cuba mendapatka­n

wang daripada syarikat Jepak Holdings yang terbabit projek pemasangan sistem solar hibrid berkenaan.

Sebelum ini, SPRM turut menahan beberapa individu termasuk pengarah, pengarah urusan serta peguam yang mempunyai kaitan dengan projek berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia